Friday, January 8, 2010

JANJI


Saya mengetahui berita kemalangan suami Akma ini dari Ainun. Akma adalah saudara sebelah Aki (baca: ayah) saya. Akma menggelarkan Aki saya Ayah Long sementara saya memanggil ayah Akma sebagai Ayah Ngah Soh. Saya dan Akma belajar di SMAC bersama-sama. Dia junior saya setahun. Jika saya melangkah ke UIAM, Akma menyambung pengajian ke DQ dan seterusnya ke Univ Al Azhar.

Saya dijemput ke walimahnya, namun tidak berpeluang memenuhi undangannya. Saya sendiri tidak ingat bilakah kali terakhir saya menatap wajah tenangnya.

Petang tadi, lebih kurang jam 4pm, saya menerima panggilan telefon dari Kak Sham memaklumkan yang suami Akma baru kembali ke rahmatullah jam 2 petang di Hosp Selayang. Saya terkejut sambil cuba menahan sebak di dada. Innalihi wa inna ilahi rajiuun.

Sudah tiba masa yang dijanjikan Allah buat hamba yang dikasihinya. Tinggal kita yang masih hidup untuk bertafakkur mengambil pengajaran darinya. Benarlah kata-kata "cukuplah kematian sebagai peringatan".

Saya menghungi Akma menerusi adiknya, Sumayyah. Dapat berbicara dengan Akma sudah cukup meruntun jiwa saya. Akma tenang menjawab telefon. Sempat bertanya khabar saya, padahal yang saya bimbangkan adalah khabar dirinya yang berbadan dua itu.

Subhanallah... sungguh dirinya tenang dan tabah. Pinta Akma cuma satu, doakanlah arwah suaminya. Terasa saya mahu berada di sisinya untuk menunaikan tanggungjawab terakhir ini. Sungguh.

Teman-teman yang mengenali beliau, doakanlah moga Akma terus tabah dan sabar. Dan, semoga roh suaminya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Ameen.

Al Fatihah.

2 comments:

  1. Al-fatihah...

    Semoga arwah digolongkan dlm golongan hamba2Nya yang beriman. Dan buat sahabat akak, pza boleh katakan dia adalah INSAN Terpilih... sampaikan salam takziah buatnya...

    Tersentuh....

    ReplyDelete
  2. In syaAllah. Semoga Allah memakbulkan doa kita bersama-untuk kebaikan arwah dan keluarganya.
    - masih sedih -

    ReplyDelete