Tuesday, February 2, 2010

LALU NI’MAT ALLAH YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?



Bila berbicara tentang ni’mat, maka tidak akan sekali-kali kita mampu menghitungnya.


Ni’mat iman.

Ni’mat Islam.

Ni’mat Al Quran.

Ni’mat kehidupan.

Ni’mat sihat.

Ni’mat belajar dan ilmu.

Ni’mat kepandaian dan hikmah.

Ni’mat istiqamah.

Ni’mat teman yang baik.

Ni’mat keluarga yang bahagia.

Ni’mat zuriat yang menceriakan.

Ni’mat siang dan malam.

Ni’mat makan dan minum.

Ni’mat harta dan rumah.

Ni’mat anggota badan.

Ni’mat kerjaya.

Ni’mat jiran yang baik.

Ni’mat ketenangan.

Ni’mat kenderaan.

Ni’mat kejayaan.

Ni’mat perjuangan.

Ni’mat daulah.

Ni’mat kebebasan.

Ni’mat kewarasan.

Ni’mat pemeliharaan Allah.

Ni’mat kasih sayang Allah... segala-galanya tentang ni’mat. Maka tidak terhitung banyaknya. Allahu akbar!


Dan ni’mat yang manakah yang kita dustakan? Keras amaran Allah ini...terutama buat diriku yang selalu lupa dan lalai ini.


Bersyukur pada Pemberi ni’mat dan memanfaatkan ni’mat pada jalanNya. Jangan pula sehingga ni’mat mengatasi Pemberi ni’mat.


Mengimani segala ni’mat adalah pinjaman dan amanah, agar hadirnya bagai melunaskan kewajipan dan hilangnya tidak menatijahkan resah.


Menyalurkan ni’mat agar menjadi insan yang memberi dan bukan berkira dengan apa yang dipinjam dan diamanahkan.


Menjadi rasional dengan ni'mat agar jangan sampai menjadi takbur dengan apa yang dipinjamkan.


Meletakkan dengan kefahaman ada kalanya ni'mat itu juga merupakan ujian. Ukurlah diri sama ada berjaya atau sebaliknya?


Memanjatkan doa agar menjadi golongan yang 'sedikit' iaitu yang dijelaskan Al Quran sebagai orang-orang yang bersyukur.


Mendidik diri agar jangan terlalu keluh kesah dengan ujian lantaran 'tidak terhitungnya' pemberian.


Alhamdulillah...atas segala ni’mat yang Engkau kurniakan ke atas kami Ya Allah. Jadikanlah kami di kalangan orang-orang yang bersyukur. Ameen.