Tuesday, October 19, 2010

PUTERA KEDUA ISMANIZAM & SA’DIAH: KRONOLOGI KELAHIRAN

Saya rasa nak tergelak dengan tajuk di atas. Lucu ada ntah hapa-hapa pun ada. Mungkin saya menulis entry ini sewaktu saya juga sedang busy menyiapkan presentation saya yang ilmiah bunyinya. Apapun, saya menulis entry ini untuk kenangan masa depan saya dan keluarga yang saya cintai ini.

Tanggal 26 Sept 2010 adalah hari yang dimaksudkan. Ia adalah sehari selepas ulangtahun kelima perkahwinan kami. Alhamdulillah… dah lima tahun rupanya kami bersama. Alhamdulillah atas kurniaan Allah yang tidak terhingga ini. KELUARGA BAHAGIA! Oo ye entry berkenaan sambutan anniversary akan saya update kemudian hari ye kawan-kawan… saya tengah bersemangat nak kongsikan kelahiran si comel ni dulu hehe…

10 pagi – 12 tgh: kami sekeluarga masih di Jenderak. Kami menikmati kek hutan hitam yang ditempah khas di Salsabila (promote jgn tak promote … mak ngah piza ye). Rasanya sangat sedap dan berkhasiat sekali… berbaloi untuk dinikmati bersama orang-orang yang kita sayangi termasuk mak cik ana jiran rumah mak ok.. hehe..

5 petang: plus minus perjalanan Jenderak – Putrajaya selama 3 jam, Alhamdulillah akhirnya kami sampai depan rumah Alang untuk mengambil kereta kami. Sepanjang perjalanan, saya sentiasa update frequency contraction kepada abang… mode contraction juga started becoming “medium”. Sewaktu makan di Dapur Mas, ada air yang keluar. Sungguh, saya tak tahu itu air ketuban. Saya menarik tangan abang ke luar restoran untuk berbincang. Sebenarnya, saya baru mendapat khabar dari Abg Ngah saya yg Aki (baca: ayah) dimasukkan ke ICU, HTAA kerana komplikasi post-operation batu karangnya di KMC. Saya bimbangkan Aki namun risaukan baby saya juga. Akhirnya, kami mengambil kata putus utk ke Azzahra dulu utk memastikan keadaan baby selamat. Abang memecut (ala-ala ambulans ok..) ke Az Zahra. Acu dalam kereta kami. Sementara mak dan alang menyusul dgn kereta berasingan. Saya sempat menghubungi O&G unit memaklumkan saya perlukan my gynae iaitu Dr Faz utk bersalin sekejap lagi.. (confident je nak bersalin kejap lagi tu).

5.30pm: sampai di Azzahra, abang menolak saya dgn wheel chair ke tingkat 2. Air ketuban mencurah-curah keluar. Pemeriksaan CTG bayi – normal Alhamdulillah. Nurse kata Dr Faz cuti dan akan digantikan dengan Dr Noraini… (dalam hati..alamakkkk!!) Kemudian seorang bidan berwajah tenang, berusia separuh umur memeriksa bukaan servik… katanya dah 4 cm! Nasib baik muka dia tenang saja, kalau tak tentu saya menggelabah juga… mana taknya saya tak solat zuhur dan asar lagi!

5.45pm – 6.30pm: Diberi ubat untuk buang air besar. Solat jama’ ta’khir sambil duduk saja… doa banyak-banyak dan minta ampun kepada Allah. Nurse mengetuk pintu “puan, kita ke labor room ye”. Saya bersalaman dengan mak, alang dan acu serta Izz yang soleh. Abang menolak wheel chair dan menemani saya masuk ke labor room di tingkat 1.

6.45pm: Saya dimasukkan ubat cetusan kontraksi. Kesakitan yang amat semakin dirasai. Abang menenangkan… meminta saya menarik nafas yang panjang dan dalam setiap kali kontraksi terasa. Nurse menawarkan saya tiga options: 1) pain killer pills 2) pethadine (betul ke ejaan dia camni Alang?) 3) epidural. Macam kelahiran pertama, saya memilih pilihan kedua. Sakit kontraksi berkurangan sedikit.

7.15pm: nurse mengambilkan wudhu utk saya… thanks nurse ye! Saya solat sambil berbaring saja. Abang keluar utk solat.. saya berbisik kepadanya “doakan sayang ye dalam solat abang” abang menggenggam erat tangan saya.

7.30pm: Dr Noraini tiba. Mak masuk menggantikan abang untuk menemani saya. Dr Noraini memeriksa bukaan serviks “dah 8 cm ni”. Semua staf dalam labor room mulai bersedia. Abang masuk semula setelah selesai solat.

8.00pm: sakit yang amat sangat dirasai. Dr Noraini meminta saya push jika ada contraction. Saya katakan yang saya sangat sakit… bidan, dr dan abang meminta saya bertenang dan menarik nafas panjang, tahan seketika dan push dengan kuat setiap kali contraction. First contraction saya rasa saya tak boleh buat dengan baik. 2nd contraction saya dgr Dr Noraini kata “good job, Sa’diah..cuba lagi..lagi” Sewaktu 3rd contraction, saya pandang wajah suami saya yang bersungguh-sungguh meminta saya buat yang terbaik. Lalu, saya katakan pada diri saya yang saya BOLEH BUAT! Demikianlah… dengan 3 kali contraction dan 5 times saya push… akhirnya dengan izin Allah, putera kedua kami selamatkan dilahirkan ke dunia tepat jam 8.10pm. Beratnya ialah 2.96kg… saya memeluk bayi kami erat sambil mengucapkan syukur. Uri juga selamat dikeluarkan. Saya diberi ubat tidur utk sedikit proses jahitan. Kalimah terakhir yg saya dgr sebelum terlena ialah lantunan azan suami saya ke telinga si mujahid yang baru membuka matanya. Welcome to the world, dear!

Special, heartiest, warmest and sincerest accomplishment to my BELOVED HUBBY, Mak, Acu, Alang, Dr Noraini dan semua staff yang terlibat membantu saya dalam proses kelahiran our 2nd lil caliph ini… (macam dedikasi penghasilan drama pulak kan?) Kami namai putera kami ini dengan Fekhry El Hakeem bin Ismanizam. Makna nama putera kami ialah “kebangaanku yang berhikmah” … Semoga menjadi anak yang soleh.. penyejuk mata dan imam golongan yang bertaqwa.

Oo ye entry berpantang akan saya update I’allah bila saya dah kurang busy. Terima kasih kawan-kawan yang datang menziarahi kami dan wish kami tru calls, sms dan fb. I love u all!