Monday, December 27, 2010

FEKHRI

Malam tadi saya mendodoikan si putera kedua kesayangan kami. Saya mencipta dodoian tanpa tajuk terbaru untuknya. Sedap bunyinya di telinga saya dan Fekhri agaknya. Lirik bahasa Arab yang berbetuk doa susunannya. Oooohhh... menjadi ibu dan isteri ini rupanya meletakkan saya sebagai pencipta lagu juga... waaahhh.. I love it!

Hasilnya, Fekhri cuma mahu tidur di ribaan saya, dan jika diletak akan merengek lah dia. Iya. Fekhri putera kami kurang sihat. Bermula dengan batuk, selsema dan kini demam yang datang dan pergi.

Kami sudah menemukan Fekhri dengan pakar. Usaha. Selebihnya kami berdoa dan bertawakkal. Saya tak sabar mahu melihatnya tersenyum, ceria, bersembang dengan saya dan suami serta abangnya.

Fekhri....mama, baba and Izz sangat mengasihimu. Lekas sembuh ye sayang. Nanti boleh bergembira kembali.

Tuesday, December 21, 2010

HEARTIEST THANKS



Saya gembira dan bersyukur.

Result exam sudah keluar. Saya berjaya mencapai DL lagi. Alhamdulillah... syukur padaMu Ya Allah.

Semester lepas adalah semester saya sarat mengandungkan Fekhri dan exam final sewaktu dalam pantang. Hrmm... Fekhri lah teman saya di dalam kelas dan sewaktu memandu. Sungguh menakjubkan. Fekhri, we did it!

Buat Abang dan Izz... thanks for your support, understanding, love and patience. I couldn't achieve all this without you. Untuk both keluarga juga, terutama Mak dan adik-adik yang take care diri saya sewaktu confinement. This tribute goes to you, my dear!

Saya masih ingat waktu final exam, tongkang pecah lagi cantik dari rumah kami adanya... tapi kini, saya mengalu-alukan kedatangan Sarjan Saji untuk bagi markah ruang dapur saya! Hehe...

One more thing, teknik mind map sekali lagi membantu saya kali ini. Untuk rekod, subjek yang saya gunakan mind map, at least i got A-... ooohhh saya tetiba teringat Madam Rahimah and En Sha'aya :) - mereka adalah insan-insan yang mengenalkan mind map dan mengupgrade kemahiran ini respectively.

Thanks to my team as well... You are the best!

See next sem! Bravo!

Monday, December 13, 2010

MIMPI

Semalam saya bermimpi seorang kenalan lama.

Dia tidak banyak berubah. Saya suka.

Alangkah bagusnya kalau dia mimpikan saya juga!

Wednesday, December 1, 2010

MENCARI TEMPO

Bermula kehidupan berkerjaya setelah dua bulan berhibernasi.

Tempo utk memulakan kayuhan dgn tugasan di pejabat.

Tempo utk memulakan pengumpulan stok EBM utk Fekhri. Target utk memaksimumkan susu ibu seupaya mungkin!

Tempo utk memulakan perjuangan kembali semester akan datang.

Tempo utk menyelaraskan masa dan tugasan yang ada.

Allahumma yassir!