Thursday, June 18, 2009

MARI KE PLAYGROUND!

Hari ini adalah hari Sabtu (of course this is a backdated entry) dan hari ini saya bercuti sebagaimana lazimnya. Bezanya, saya akan menghabiskan hujung minggu ini di rumah sahaja memandangkan hubby menghadiri course dua hari ini di KL. So, saya dah berkira-kira untuk memanfaatkannya in a great way with my dear lil caliph! Seronoknya.

Ini adalah sesi bermain di swimming pool. Gembira sungguh dia. Namun sejak Izz dah boleh berjalan, Izz sudah mandi-manda dan menyelam dengan baba di sini. Mudah-mudahan Izz akan cepat pandai berenang dan jangan jadi macam mama yang tak pandai berenang ni ye.




Ini adalah saat-saat Izz menantikan Auntie Ros menyediakan nasi lemak untuk Mama. Pagi ni terasa teringin menikmati nasi lemak pula. Dan inilah nasi lemak yang dimaksudkan. Rasanya bolehlah tahan, namun standardlah nasi lemak kat KL rasa macam ni kot.





"Buai laju-laju...sampai cucur atap.." kami bermain buaian dengan gembiranya. Saya risau juga takut ditegur pak guard sebab naik buaian kanak-kanak hehe...sekejap saja ok. Tapi best juga main buaian ni rupanya hehe..









Ini Izz dengan kawan yang baru dikenalinya, Benjamin (kacukan Melaka dan Bali). Baru berkenalan tapi dah boleh get along.











"Izz pusingkan yang biru ni ye" saya menerangkan caranya. Kemudian Izz sudah boleh mencubanya sendiri. Great!







Ini pula sewaktu bergembira menaiki jongkat jongket. Benjamin pun ikut sama.

Sebenarnya Izz turut bermain gelongsor dan kerusi singa laut (yang boleh goyang-goyang tu), tapi saya tak sempat mengambil gambarnya.







Kami menghabiskan masa lebih kurang 30 minit di taman permainan ini. Sehinggalah Izz kelihatan mengantuk.
Dan inilah Izz yang telahpun tertidur. Selepas menyusukannya, dia terus tertidur. How sweet!

Dear, you are almost one year old. But, mama rarely write special entry on you. Despite of this weakness, I always love you my lil caliph!



1 comment: