"Baba, how's your day?" saya menyoal sambil tersenyum. "I made my day, mama" suami saya menjawab dengan begitu positif. Itulah jawapan yang suami saya sering hadiahkan kepada saya. Dan jawapan itulah yang biasanya mematikan andai ada 'mood tidak baik' yang mungkin saya bawa pulang dari tempat kerja. Ya. Jadikan hari-hari yang mendatang sebagai hari yang ceria. Kami melanjutkan bicara tentang hari masing-masing.
Meskipun suami saya tidak pernah berkongsi maklumat privasi klien yang diamanahkan kepadanya sebagai peguam, namun kami berbicara dari aspek ibrahnya terutama yang berkaitan harta pusaka dan institusi rumahtangga. Kata orang, mana yang baik dijadikan teladan, mana yang sebaliknya maka jadikanlah sempadan. Petang itu suami saya berkongsi tentang peranan HAKIKI seorang isteri. Dek kerana besar manfaatnya buat diri saya yang masih bertatih dalam mempelajari ilmu rumahtangga ini, maka saya kongsikan ia dengan anda yang mungkin merupakan seorang gadis yang bakal berumahtangga atau isteri yang juga ibu kepada anak-anak yang sedang membesar mahupun suami yang mahu menitipkan 'hadiah kata-kata' buat isteri yang tercinta.
FORMULA
Ramai orang yang mahukan formula menjadi isteri yang baik dan berjaya.
Namun, ramai juga yang sudah tahu namun tidak mahu atau tidak mampu merealisasikannya.
Kenapa? Hanya diri kita sendiri yang tahu jawapannya.
Untuk itu, fokuslah pada matlamat, berpeganglah pada prinsip, sesuaikanlah pada keadaan serta berpijaklah pada realiti.
Kerana formula menjadi isteri yang baik dan berjaya dalam rumahtangga ialah - ISTIQAMAH dalam menjalankan peranan dan tanggungjawab sebagai ISTERI kepada suami anda sekalipun anda telahpun menjadi ibu kepada anak-anak yang semakin ramai atau wanita bekerjaya yang semakin menempa nama.
Mudah bunyinya bukan?
Tapi realitinya tetap mencabar.
HAKIKI vs MENDATANG
Hari-hari yang dilalui sebagai isteri tentulah tidak sama.
Mulai dari hari diijab kabulkan seterusnya berbulan madu lalu memulakan kehidupan sendiri yang baru serba-serbi. Sehinggalah akhirnya diangkat martabat sebagai 'guru pertama' buat generasi pelapis yang dikurniakan.
Jika pada awal perkahwinan hanya suami yang diberi perhatian dalam rumahtangga, kini perhatian juga perlu untuk si anak. Jika dulu mungkin kurang bebanan kerjayanya, namun kini komitmen kewangan yang bertambah menuntut suami dan isteri sama-sama melipatgandakan usaha sama ada dalam atau di luar office hour. Sehingga akhirnya suami isteri kabur dan lebur oleh kalimah keramat yang bernama S.I.B.U.K.
Apa yang lebih mencabar, ada tugas mendatang untuk si isteri yang turut hadir bersama keSIBUKan itu.
Tugas itu mungkin mengubah sikap seorang ISTERI kepada pengarah rumahtangga.
Tugas itu mungkin mengubah sikap seorang ISTERI kepada pengurus rumahtangga.
Tugas itu mungkin mengubah sikap seorang ISTERI kepada chef rumahtangga.
Tugas itu mungkin mengubah sikap seorang ISTERI kepada setiausaha rumahtangga.
Tugas itu mungkin mengubah sikap seorang ISTERI kepada pengasuh rumahtangga.
Sehinggalah akhirnya tugas-tugas mendatang itu mengHIJAB tugas HAKIKI seorang ISTERI.
Sesungguhnya bukan kecil bencana dari kealpaan ini.
Dan tidak sedikit rumahtangga yang kecundang kerananya.
Pokoknya, raikanlah tugas yang mendatang namun dalam masa yang sama jangan sesekali mengabaikan tugas HAKIKI seorang isteri.
Kerana seorang isteri tetaplah isteri sekalipun dia adalah juga seorang ibu, pemimpin masyarakat, pekerja, pelajar atau sesiapa sahaja.
IKUTAN
Ibrah sejarah menukilkan cemerlangnya peranan seorang ISTERI bernama Khadijah Bint Khuwailid. Beliau adalah OBOR buat Rasulullah SAW, beliau adalah ibu dan guru buat anak-anaknya, beliau pernah menjadi usahawanita yang berjaya. Namun, dia tetap seorang ISTERI yang menyelimutkan dan menenangkan suaminya yang gementar tatkala didatangi Jibril a.s sewaktu menerima wahyu pertama. Beliau tetap seorang ISTERI yang mendengar setiap kata-kata Nabi SAW dan membenarkannya. Beliau tetap seorang ISTERI yang memberikan sokongan dan kepercayaan yang tidak berbelah-bahagi terhadap suaminya.
Mudah-mudahan rumahtangga itu bakal menjadi syurga duniawi kita!
p/s: gambar di atas adalah kenangan hadiah hantaran saya untuk suami dan keluarga mertua. Untuk pengetahuan teman-teman, saya hanya membungkus hadiah dalam kotak yang berwarna merah itu dan menghias buah-buahan di dalam bakul. Tidak lebih dan tidak kurang. Ia sangat pratikal sebab kotak merah dan bakul itu masih dimanfaatkan sehingga sekarang berbanding kotak-kotak hantaran yang biasanya hanya disimpan dan mengundang habuk di rumah. Selamat mencuba!

Pengisian yang baik, selamat maju jaya..
ReplyDelete