Wednesday, June 24, 2009

SANAH HELWAH YA BUNAY!


MY BELOVED ONES



SETAHUN YANG LALU
Hari ini 24 Jun 2009 genaplah setahun usia putera sulung kami, Izzuddeen El Hakeem Bin Ismanizam yang sangat kami sayangi. Masih teringat dan terbayang akan situasi setahun lalu tentang bagaimana cemasnya saat melahirkannya. Fokus dalam minda saya tatkala menghadapi saat cemas itu cuma satu - saya BOLEH melahirkan putera saya dengan normal dan saya mahu mengalami bagaimana sakitnya yang dinamakan bersalin itu. Untuk itu, saya memilih untuk tidak mengambil epidural dan saya tahu sekarang tentang bagaimana susah, getir dan sakit nya emak saya melahirkan saya dan 7 orang adik-beradik saya selama ini. Terima kasih emak!

Namun kesakitan itu tidak lama apabila kami dihadiahi rasa syukur , terharu, gembira dan tidak percaya yang hadir tatkala pertama kali melihat wajah tulus Izzuddeen. "Sa'diah, tengok dah dapat baby boy, peluk baby Sa'diah" tutur Dr Fazlina lembut sambil meletakkan Izzuddeen di atas dada saya. Sungguh, tatkala itu satu perasaan yang sangat sukar saya gambarkan hadir dalam diri saya. Saya menyentuh Izzuddeen, namun tubuh saya sangat lemah walau untuk memeluknya. Saya kehabisan upaya, mata saya rasa mahu terlelap dan yang kedengaran selepas itu hanya sayup-sayup alunan azan suami saya di telinga Izzuddeen. Memang wajar nama bilik ini labor room atau bilik buruh kerana mana-mana ibu yang melahirkan rupanya telah memerah tenaga dan keringat laksana seorang buruh. Baru kini saya faham.

Izzuddeen selamat dilahirkan dalam alunan al quran yang berkumandang di bilik bersalin itu. "Selamat datang ke dunia wahai zuriat kami!". Kehadiran Izzuddeen adalah satu ni'mat yang sangat besar ertinya buat kami. Syukur kami padamu Ya Allah!

KINI
Izzuddeen melalui proses perkembangan yang memberansangkan. Mulai dari mengiring, meniarap, duduk dan akhirnya melangkah. Izzuddeen mulai berjalan seawal 11 bulan dan kini sudah mulai belajar berenang (mula-mula bermain air) dan bermain bola. Izzuddeen juga sudah boleh menyebut suku kata mudah seperti "mama", "baba", "wat apa" "tak yah" dan banyak istilah-istilah "ciptaan"nya sendiri.

Sehingga kini, kegemarannya yang terserlah adalah menonton Ben & Bella serta membaca buku-bukunya. Walaupun, beberapa helaian buku Izzuddeen telah "hilang" namun saya perhatikan kemahiran Izzuddeen menyelak helaian demi helaian sudah semakin bertambah baik sekarang. Izzuddeen juga semakin terbuka memilih makanan dan berminat dengan apa yang dimakan oleh ahli keluarga yang lain. Menu yang dulu menjadi kegemarannya seperti bubur bilis dan bubur ayam kini sudah kurang digemarinya (hrmm.... ada cadangan menu yang jadi kegemaran baby tak? saya risau juga ni) .

Izzuddeen juga sudah faham bila dihamparkan sejadah untuk solat dan bersedia memakai kopiahnya. Biasanya, di waktu maghrib, Izzuddeen lah yang berada di sebelah saya untuk sama-sama menunaikan kewajipan ini.

Memandangkan saya dan suami amat jarang menggunakan perkataan negatif seperti "jangan", Izzuddeen sudah mampu memahami isyarat larangan tangan kami andai kami mahu dia berhenti melakukan sesuatu yang berbahaya. Kami juga masih mendidiknya untuk bersalaman dengan orang dewasa terutamanya dengan kaum keluarga dan sahabat handai.

HARAPAN
Setahun pertama membuahkan harapan dan cita-cita untuk tahun-tahun mendatang.
Setahun pertama adalah permulaan untuk tahun-tahun berikutnya.
Setahun pertama adalah pengalaman berharga bergelar mama dan baba.
Setahun pertama adalah pengajaran untuk tahun-tahun seterusnya.
Setahun pertama ini tetap kekal sebagai sejarah keibubapaan buat kami.

Terima kasih Izzuddeen kerana menjadi anak yang soleh.
Terima kasih baba kerana menjadi bapa yang berwibawa, soleh, matang dan penyayang.

SANAH HELWAH YA BUNAY
SELAMAT HARI BAPA, BABA


3 comments:

  1. elhamdulilLah. Sammaytuhu Izzuddeen likay yakun fi mustaqbal yusbeh sahsun yuizzu eddeen bil hikmah. wa lizalik astatlab minkum ayyuha ashabi al-kiram an tadd`u ilalLah a3salLah an yuhdiyahu ala tariqil al-mustaqim wa yuflihu fi dunya wa yanjahu fil akhirah.. syukron..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak sa'adiah.Terima kasih..fadillah baru nak masuk 12 minggu. Dah setahun Izzuddeen ye..mesti makin active..hihi.Anyway, mudah2an Kak Sa'adiah, suami dan baby izzuddeen sentiasa sihat hendak-Nya..rajin kak Sa'adiah tulis blog.Bila nak jumpe? tahla kak, Insyallah kalau angah ajak pegi bangi nnt bole la singgah rumah kak Sa'adiah. Kalau free, jemputla dtg rumah kami di Puchong.

    ReplyDelete
  3. Salam Fadillah.. ooo..dah 3 bulan dah lah ye. Tahniah...jaga kesihatan tau. Sekarang wat checkup kat mana? Hari tu akak ada sms aisyah (isteri along). Dia pun dah pregnant kan?
    Ramai lah cucu ma dan abah eh?
    Ayah Long and Mak Long pun bakal dapat seorang lagi cucu bulan ini (anak kak sham) dan tahun depan (anak kak dilah). Hehe..akak pulak RAHSIA tau :)
    Anyway, mai la datang umah..tido sini ke. Boleh jugak main2 ngan Izzudeen kan?

    ReplyDelete