Wednesday, March 16, 2011

SHORT YET MEANINGFUL!

Usai kelas malam itu, saya tidak segera pulang. Kebetulannya, saya mahu mendapatkan jurnal-jurnal via akses kampus, saya lantas mengambil tempat di ruang legar bangunan PG.

Teman-teman masih kelihatannya berbual sesama mereka. Saya tiba-tiba terlihat Prof kelas saya tadi berbual bersama seorang rakan sekelas saya yang saya fikir palajar PhD. Lama juga saya melihat mereka berbual. Kelihatannya, rakan saya itu bertanya itu dan ini kepada Prof. Sekalipun, malam semakin menginjak, Prof masih menekuni pertanyaan demi pertanyaan pelajarnya. Saya kagum sungguh.

Saatnya Prof mahu beredar ke keretanya, sempat beliau memandang kami semua sambil tersenyum. Pesannya.

"Take care of yourself and your FAMILY. They are what we are for!"

Bagi saya, kalimat itu amat bermakna. Ya. Hadirnya saya untuk keluarga saya. Dan kejayaan bagi saya adalah kejayaan yang SEIMBANG/ BALANCED antara pencapaian akademik, keluarga, kerjaya dan ummah!

Sungguh. She said something short yet meaningful to me! She always remind me in her own, motherly, gentle way... Thanks Prof :)

No comments:

Post a Comment