Petang tadi saya ke Azzhara. Tekak saya sakit ditambah ada bengkak di pergelangan tangan kiri saya. Setelah di x ray, doktor Nurul berpendapat ia mungkin disebabkan tisu dan bukannya masalah tulang. Saya bakal dirujuk ke pakar ortopedik minggu hadapan in syaAllah. Untuk ketidakselesaan pada tekak saya pula, saya diberi ubat untuk dihisap. Dan saya berasa semakin sihat. Alhamdulillah. Ini intro entry saya sahaja. Jadi apa berita yang gembira itu?
Cerita sebenar saya adalah tentang suami saya.
Ya. Suami saya baru sahaja menerima tawaran menyambung pengajian peringkat sarjana dalam LLM Islamic Law di UIAM bermula bulan ini. Sebenarnya, sejak menamatkan Post Graduate Diploma in Syariah Legal Practice di UIAM pada 2006, suami saya telah memohon menyambung program sarjana di institusi yang sama. Namun, hampir tiga tahun menunggu, barulah surat tawaran yang diharapkan itu kunjung tiba juga akhirnya. Sepanjang 2006 -2009, ada tawaran dari UM yang turut diterima, namun dek kerana niche dan minat, suami saya sabar menunggu tawaran daripada UIAM juga (rujuk di sini). Dan, kesabaran suami saya berbaloi akhirnya. Saya berasa sangat bersyukur dan gembira. Alhamdulillah. Saya mendoakan kejayaan yang cemerlang untuk suami saya. Walaupun sibuk dengan kerjayanya dan urusan lainnya, suami saya tetap mendahului saya dalam hal-hal pengajian. Bahkan, sepanjang perkahwinan kami, sudah banyak certificates berjaya diperolehi terutama yang berkaitan nilai tambah prestasi kerjayanya. Terbaru, suami saya berjaya dalam temuduga pentauliahan amalan guaman di Pahang dan Selangor.
Itulah suami saya yang sangat saya cintai.
Beliau suami dan sifu saya.
Dan, guru saya yang utama tempat saya merujuk.
Perancangan awal mengemas kini "manba' ilm" (nama istimewa yang diberikan untuk bilik belajar kami yang bermaksud telaga ilmu) rupa-rupanya sangat tepat pada masanya. Bilik kecil yang bercat hijau dan kuning itu dilengkapi tiga buah meja belajar (termasuk satu untuk putera kami, Izzuddeen). Bilik ini pasti akan menjadi port bekerja dan belajar kami bertiga yang sangat selesa.
Selamat belajar untuk saya dan suami!
Juga untuk Izzuddeen yang sentiasa membelek buku-bukunya :)

tahniah..berazam nak kembali ke uia juge...bile la agaknya rezeki tu ade ye...
ReplyDeletesalam...alhamdulillah...n tahniah... x sabar utk kembali belajar jg..mg peluang itu akan dtg x lama lagi...
ReplyDeletewiss kak sa' n family all da best
Ehem ehem.... Nampaknya macam kena belanja malam ni hehehe
ReplyDeleteyain: syukran. insyaAllah, azam itu pasti akan jadi kenyataan bila sampai masa dan cukup usahanya. Sak doakan yg terbaik utk yain.
ReplyDeleteyana: syukran yana. yana pun sambunglah lagi. meriahkan uia dgn exsmac juge hehe...
baba: yup..masih menanti rojak mee yg diidamkan oohh..
Askum Kak. Apakabar?
ReplyDeleteHarapnya kesihatan makin baik ya.
Tahniah buat akak sekeluarga atas kejayaan menempa satu langkah baru dalam hidup antum.
Semoga Izzudden akan menjadi inspirasi dan diinspirasi oleh semangat mama dan babanya.:)
Salam Sumayyah @ alqasam,
ReplyDeleteSyukran ya ukhti ..allahu yubarik:)
Mudah2an kita semua bakal menggenggam kejayaan dunia lebih-lebih lagi akhirat.
Akak dah makin sihat. Alhamdulillah, ujian sikit sahaja. Mungkin sbb cuaca yg agak panas skrg.
Su sekeluarga apa khabar?