Monday, November 23, 2009

DIKAU ADALAH AMANAH




Izzuddeen el Hakeem ibn Ismanizam bakal genap lapan belas bulan Disember ini.
Terasa baru sahaja mama membelai mu sewaktu pulang dari wad sebaik melahirkanmu.
Allahu akbar!

Ya bunayy...
Semoga Allah menghidayahi dan membantu mama dan baba agar mampu mendidikmu sebaik mungkin.
Menjana potensimu semaksimum mungkin.
Mentarbiyyah dirimu agar berilmu dan berakhlaq.
Agar menjadi individu yang hebat.

Ya bunayy...
Mama dan baba mendoakan agar dirimu akan memperoleh yang terbaik.
Agar dilapangkan jalan menuju yang terbaik.
Dan dipermudahkan hanya untuk yang terbaik.

Anakku..
Suluh kehidupan adalah ilmu.
Benteng kehidupan adalah iman.
Bekal kehidupan adalah taqwa.
Hiasan kehidupan adalah akhlaq yang mulia.
Matlamat kehidupan adalah KEJAYAAN..
Sedang kehidupan adalah UJIAN..

Ya bunayy...
Mama dan baba mencintaimu!
Semoga mama dan baba akan dapat menemukan dirimu dengan guru-guru yang hebat untukmu.
Mudah-mudahan.
Ameen.

Firman Allah:

"dan berjayalah mereka dalam ujian ini iaitu mereka yang melaksanakan sebaik-baik (ahsana) amalan" Al mulk: 2

1 comment:

  1. Ameen... Beruntunglah Izzuddeen kerana beribukan ibu yang sama namanya dengan Ibu susuan Baginda Nabi yang Terpuji. Detik waktu yang mendatang umpama proses yang kritikal dalam melahirkan output yang dicita. Pada Allah jualah kita meminta dan merintih..

    ReplyDelete