Saya baru sahaja menamatkan kuliah petang tadi. Dua jam di dalam auditorium membuatkan saya berasa ingin berehat.
Saya mengharapkan agar dalam memanfaatkan masa berbaki sebelum pulang ini saya menemukan bacaan yang bermanfaat untuk saya.
Saya singgah ke blog ini. Yang saya klik hanya melalui link sahabat saya semasa di IIUM. Tuan empunya sebenar tidak saya kenali.
Namun, peribadi yang dikupas dalam blognya sudah lama saya kagumi. Ya. Sejak saya menjadi pencinta sejarah.
Saya sangat menghargainya. Beliau menjadi salah seorang yang 'mencipta' sejarah. Seorang yang membuka Kota Konstantinopel. Yang terkenal dek keimanan dan ketaqwaannya. Dan kerana kejayaannya membenarkan sabda Junjungan Rasulullah SAW. Alangkah hebatnya!
Ada getar dalam diri saya. Jauh sekali untuk meneladaninya. Namun, berdoa agar momentum itu sentiasa berada dalam magnitud yang sewajarnya dalam diri saya.Saya singgah ke blog ini. Yang saya klik hanya melalui link sahabat saya semasa di IIUM. Tuan empunya sebenar tidak saya kenali.
Namun, peribadi yang dikupas dalam blognya sudah lama saya kagumi. Ya. Sejak saya menjadi pencinta sejarah.
Saya sangat menghargainya. Beliau menjadi salah seorang yang 'mencipta' sejarah. Seorang yang membuka Kota Konstantinopel. Yang terkenal dek keimanan dan ketaqwaannya. Dan kerana kejayaannya membenarkan sabda Junjungan Rasulullah SAW. Alangkah hebatnya!
"JADILAH SEORANG YANG MENCIPTA SEJARAH. BUKAN SEKADAR MENGIKUT RENTAK SEJARAH"
Mudah-mudahan.Teruskan usahamu, Sa'diah.
Disember bakal menjelang.
Dan saatnya bakal tiba.
BUKTIKAN!
source pic
No comments:
Post a Comment