"Dulu Aki ke sekolah tak pakai kasut. Masa tu kalau pakai selipar pun dah alhamdulillah. Cikgu-cikgu masa tu bila waktu persekolahan bermula bukannya boleh mengajar terus, tapi kenalah pastikan murid-murid tu dah potong kuku ke belum, kalau ada kutu pada rambut pula inilah masanya hapuskan kutu rambut dulu. Ada yang berkudis tu kenalah cikgu sapukan ubat kudis dulu. Hrmm.. bukan senang tau jadi cikgu masa dulu-dulu apatah lagi di kawasan kampung. Mereka perlu faham dengan siapa mereka berhadapan dan bagaimana mahu berhadapan dengannya. Itulah pengorbanan. Biasanya ia pahit pada awal, namun manis di hujungnya" Aki bercerita panjang lebar. Sebenarnya, hampir setiap kali saya duduk mengulangkaji pelajaran sewaktu di tingkatan tiga, empat dan lima, saya akan mendengar cerita dulu-dulu oleh Aki dan Emak. Suasana di rumah yang sunyi dan tenang pada waktu petang biasanya diserikan oleh celoteh kami bertiga. Ruang tamu itu menjadi tempat kami bersantai. Tiada perabot yang mahal atau sistem TV yang canggih ... namun tetap merasa tempiasnya sebuah bahagia. Adakalanya, satu cerita itu pernah Aki ceritakan beberapa kali, namun saya tetap menghargainya.
Cerita tentang ke sekolah dengan berjalan kaki dan kadangkala terjumpa tapak kaki haiwan liar.
Cerita tentang pulang dari sekolah dan bermain di Sungai Pahang.
Cerita tentang berkongsi bekal dengan Tok Ngah.
Cerita tentang pertama kali menaiki keretapi ke Tanjung Malim.
Cerita tentang si penjual makanan yang pemurah.
Cerita tentang baju kot pertama aki.
Cerita tentang arwah Tokki bekerja membanting tulang bersama arwah Tok.
Cerita tentang maruah diri.
Cerita tentang susah dan payah.
Cerita tentang pengorbanan dan kejayaan dan segala-gala tentang masa lalu dirinya sebagai ibrah buat puterinya.
CERITA untuk si anak yang masih mencari IDENTITI diri.Cerita tentang ke sekolah dengan berjalan kaki dan kadangkala terjumpa tapak kaki haiwan liar.
Cerita tentang pulang dari sekolah dan bermain di Sungai Pahang.
Cerita tentang berkongsi bekal dengan Tok Ngah.
Cerita tentang pertama kali menaiki keretapi ke Tanjung Malim.
Cerita tentang si penjual makanan yang pemurah.
Cerita tentang baju kot pertama aki.
Cerita tentang arwah Tokki bekerja membanting tulang bersama arwah Tok.
Cerita tentang maruah diri.
Cerita tentang susah dan payah.
Cerita tentang pengorbanan dan kejayaan dan segala-gala tentang masa lalu dirinya sebagai ibrah buat puterinya.
KINI
Rupa-rupanya baru kini saya memahami erti cerita Aki dan Mak secara praktikal. Secara sebenar-benarnya.
Bila kehidupan bermula sesudah berakhirnya masa "jiwa-jiwa".
Bila masa bersenang-senang yang berlalu digantikan taklifan yang tergalas di bahu.
Teringat saya tentang cerita pengorbanan seorang guru. Ada MANIS dihujungnya. Ia adalah realiti.
"Puan, saya bekas student puan ni. Puan sihat? Puan sibuk ke? Maaf puan kalau kami ganggu puan. Sekarang saya dan kawan-kawan di UKM, kami sambung degree di sini. Hari tu masa convo, puan takde kan?" kedengaran ada nada gembira dalam bicara di hujung telefon. Bekas pelajar saya menelefon saya semalam. Gembira benar suaranya dan kawan-kawannya berada di pusat pengajian tinggi. Menyambung ke peringkat lebih tinggi.
Mereka sebagai pelajar tentulah gembira.
Namun, saya sebagai insan yang pernah mendidik mereka merasa LEBIH gembira. Inilah saat MANIS seorang guru.
Pengorbanan itu terbayar dengan rasa GEMBIRA yang satu ini.
Rasa GEMBIRA yang membuahkan MANIS di jiwa.
Yang tidak terbayar dek nisbah angka dan hadiah beraneka rupa.
Buat dirimu wahai pelajar,
Jadilah pelajar yang MENGGEMBIRAKAN gurumu!

ringkas, senang difahami dan mesej yang terus. tahniah
ReplyDelete