
Sungguhpun program itu bermula sejam lewat daripada yang dijadualkan, ia tetap berjalan lancar. Tajuk yang diberikan ttg wanita "Gosip + Fitnah + Mengumpat = Sedekah??" Berdasarkan sedikit pembacaan dan kajian, saya cuba mengulasnya sebaik mungkin. Ada 15 slides semuanya (sudah cukup banyak untuk saya yang masih amatur). Akhirnya, saya mengaitkan isi keseluruhan pengisian saya dengan sebuah hadith riwayat Muslim ttg bagaimana seseorang yang melakukan perbuatan yang menyakiti saudaranya (termasuklah mengumpat dan memfitnah), maka di akhirat kelak dia akan dipertanggungjawabkan bukan sahaja untuk memberikan pahala untuk saudaranya yang disakitinya itu. Bahkan juga, jika belum setimpal dengan nilai pahala yang telah diberikan, maka akan dia akan menanggung dosa saudara yang disakitinya itu. Sehinggalah akhirnya dia akan menjadi seorang yang MUFLIS lalu dicampakkan ke dalam neraka. Wal'iyazubillah...
Sesi soal jawab juga menampakkan soalan yang matang dan realistik diajukan. Bagi mana-mana yang saya tiada authority untuk menjawabnya, maka saya mengambil sikap tawaqquf sahaja. Itu lebih utama. Saya juga merasa gembira melihat inisiatif SHES (sekolah hal ehawal siswi) menganjurkan sesi perkongsian ilmu begini. Mudah-mudahan ia akan dapat diteruskan serta dimanfaatkan oleh setiap warganya.
Terima kasih untuk adik-adik yang menjemput dan menghantar saya. Terima kasih untuk sahabat saya Along yang sudi menemankan.
p/s: Izz sabar menunggu mama solat. Lihat sahaja matanya yang basah kerana menangis. Aduhaii anak mama!
Ooo kuda hitam ohooo... Kereta ni macam orang Perempuan juga Mama, perlu belaian dan dilayan dengan gentle tapi firm. Bila nak guna jangan terus pulas je, kasilah intro yang bersesuai dulu, barulah dia menunjukkan khidmatnya dengan senang hati. Ala kulli hal Mama, ceramah tu satu permulaan yang baik untuk Mama, teruskan.
ReplyDelete