Monday, May 25, 2009

HUJUNG MINGGU YANG 'FULL'

Lazimnya, pada hujung minggu, saya mengkhususkan masa saya untuk keluarga. Hujung minggu adalah masa untuk aktiviti-aktiviti seperti beriadhah, balik kampung, ziarah-menziarahi, membeli-belah, menghadiri program, kuliah ilmu atau sekadar beristirehat sambil mengemas rumah.

Sesibuk manapun saya dan suami, kami akan pastikan salah seorang daripada kami akan bertanggungjawab menguruskan rumahtangga pada hujung minggu.

Namun, itu tidak berlaku pada Sabtu baru-baru ini. Saya terpaksa menghadiri bengkel dan suami saya pula terpaksa ke pejabat bagi menyiapkan tugasannya. Tambahan pula banyak due date yang terpaksa disempurnakannya.

Apa yang lebih tidak dijangka, pengasuh Izzuddeen juga tidak dapat menjaganya kerana dia terpaksa menemankan anak perempuannya yang dimasukkan ke hospital kerana demam. Untuk itu, Izzuddeen terpaksa saya bawa ke tempat kerja. Kedatangan Alang ke rumah kami yang walaupun sibuk dengan nota dan examnya sangat kami hargai. Dan Alanglah yang menengokkan Izzuddeen dari pagi sehinggalah ke petang Sabtu itu. Kerjasama teman-teman yang sangat bersemangat menyiapkan tugasan juga sangat saya hargai, sehinggakan terasa ringan sedikit tanggungjawab saya sebagai team leader. Pun begitu, bengkel itu masih lagi berlangsung dan sedikit sebanyak ia menghadkan masa saya untuk menulis di blog ini.

Lewat petang Sabtu itu juga kami pulang ke Pahang menzirahi emak dan keluarga serta ahli keluarga baru kami, Muhammad Hazim Hilmi. Ateh yang telahpun bergelar ibu, nampaknya semakin sihat, alhamdulillah. Cuma, Hazim masih lagi ditempatkan di NICU, Hospital Temerloh. Kami sentiasa doakan semoga Hazim akan selamat dan dibenarkan keluar dari wad.

Hampir jam 12 tengah malam Ahad, kami tiba di rumah kami di BSP. Penat mungkin sebab bermusafir dan gembira kerana dapat pulang ke kampung bercampur baur. Namun, pagi ini masih ada rasa mengantuk yang berbaki. Sungguh. Saya mengantuk sewaktu di dalam bengkel!

p/s: gambar Izzuddeen di atas dukungan saya sewaktu di bengkel. Dia 'mencuri' perhatian kawan-kawan saya dengan senyumannya.


1 comment:

  1. salam...tumpang lalu..siapa minat konspirasi, sejarah nusantara yg hilang atau perbincangan sufi, boleh la ke www.nusanaga.blogspot.com

    selain tu boleh eratkan tali persaudaraan...nilah zamannya untuk bangkitkan sesuatu...

    wassalam

    ReplyDelete