Saturday, April 18, 2009

DETERMINATION


Keputusan yang sukar
“Wah..Izzuddeen dah minum susu formula ke?” sahabat saya menyapa lembut sambil dia memegang bahu saya. Kebetulan sahabat saya ini nampak kotak susu Anmum dalam beg plastik di tangan saya. “Erm.. dah kena campur lah akak” saya menjawab jujur. Waktu itu umur Izz sudah 9 bulan lebih.
Sebenarnya itu adalah keputusan yang sangat sukar yang terpaksa saya hadapi. Iaitu memberikan Izz susu formula. Bagi saya yang terbaik tetaplah susu ibu. Dan semenjak Izz dalam kandungan lagi saya bertekad untuk memberikannya susu ibu.
Saya sangat berterima kasih pada Dr Nik Rose, pakar kanak-kanak PRIAZ yang telah memberikan tunjuk ajar tentang menyusukan bayi dengan penuh komited. Sehinggalah saya akhirnya berjaya menyusukan Izz pada hari ke-4 kelahirannya. Itupun setelah pelbagai cabaran berjaya kami tempuhi.

Susuibu.com
Berdasarkan pembacaan dan perkongsian pengalaman, saya membuat keputusan untuk tetap memberikan Izz dengan susu ibu sekalipun setelah habis berpantang. Pada mulanya, saya menggunakan Medela Harmony manual yang saya beli di susuibu.com, Bangi. Selain itu, saya juga membeli pack mom’s little ones yang didalamnya terdapat 3 chillers (untuk mengekalkan susu pada suhu sejuk sebelum ia dimasukkan ke dalam fridge) dan juga 6 botol susu berserta penutup. Ini pelaburan yang sangat berbaloi. Saya sangat berpuas hati dengan sesi perkongsian bersama kaunselor laktasi di premis itu, Puan Kamariah. Saya bukan sahaja didedahkan dengan info baru tentang kebaikan susu ibu bahkan saya dibenarkan mencuba pump yang saya berkenan dan mempraktikkanya dengan tunjuk ajar. Salah satu salah anggap tentang susu ibu juga turut terungkai. Antaranya, kita sering mendengar tentang bayi yang menyusu ibu juga perlu diberikan air masak. Sedangkan bayi di bawah enam bulan memerlukan hanya semata-mata susu ibu bagi memenuhi keperluannya. Tidak lebih dan tidak kurang. Apa yang menarik ialah susu ibu yang diminum oleh bayi sebenarnya akan pergi ke organ-organ penting bayi dan membina lapisan perlindungan untuk organ-organ tersebut. Menurutnya, apabila bayi diberi minum air masak, maka air masak tersebut akan ‘wipe off’ lapisan yang telah ada itu. Dan ia telah ‘mendedahkan’ organ tersebut tanpa perlindungan. Selanjutnya, pada hari yang cuacanya panas, susu ibu mengandungi lebih banyak air. Sementara pada hari yang cuacanya sejuk, maka susu ibu mengandungi lebih banyak lemak. Ini bagi memastikan bayi tidak terjejas kerana cuaca yang dialaminya. Maka, air masak tidak diperlukan bagi bayi di bawah 6 bulan yang menyusu secara eksklusif.

Medela Harmony yang menggunakan two-suction phase ini mempunyai kelebihan dari aspek mobility, ringan, dapat memerah dengan cepat (jika supply susu banyak) dan mampu milik. Sayangnya, ia berfungsi secara manual. Dan up to certain point, saya penat menggunakannya. Saya berkira-kira untuk mencuba produk yang lain pula.

AMEDA
Setelah membuat sedikit research, akhirnya saya tidak mengambil masa yang lama untuk memilih Ameda Electric Dual Pump. Sekali lagi saya ke susuibu.com, kali ini saya ditemani Ateh, bakal ibu muda yang akan menimang cahayamata sulungnya bulan depan. Saya sekadar memantapkan info yang telah saya miliki dan akhirnya set ini saya bawa pulang dengan gembira dan rasa syukur. Kini sudah hampir sebulan saya menggunakan set yang baru ini. Apa yang boleh saya kongsikan ialah ia satu produk yang menjimatkan masa, berkesan kerana saya boleh personalized rhythm yang saya mahukan dan ia tidaklah terlalu berat untuk saya bawa ke sana sini. Komponen yang perlu dicuci juga lebih mudah diuruskan. Ia juga boleh beroperasi dengan kuasa bateri (jika saya beralasan susah nak dapatkan electric power supply). Yang paling penting, ia memenuhi apa yang saya perlukan. Alhamdulillah.

Berusaha
Namun, buat masa sekarang saya masih bekalkan Izz dengan susu perahan ibu pada kadar yang masih perlu diperbaiki. Ini kerana dari 5-6 botol yang Izz perlukan setiap hari, saya hanya bekalkannya 3 botol perahan susu ibu sahaja. Itu tidak termasuk yang saya tambah pada waktu rehat di sebelah petang (tapi bukanlah setiap hari). Jadi, pengasuhnya masih membancuh susu formula untuk menampung keperluan Izz. Sedihnya!

Determination
Untuk itu, saya akan terus berusaha. Buat masa ini saya memperbanyakkan makan tamar. Inilah petua yang saya amalkan sewaktu Ramadhan baru-baru ini. Dan, saya masih menunggu hasilnya. Bagi saya produk seperti Medela mahupun Ameda adalah pemudahcara, yang paling penting ialah determination seorang ibu yang mahukan hanya yang terbaik untuk bayinya. Setiap hari, ibu yang menyusukan bayinya dengan EBM (expressed breast milk) perlu membasuh sekurang-kurangnya lima biji botol, membersihkan komponen pam, mensteril dan mengeringkannya. Itu tidak termasuk kesungguhan membawa pam susu ke pejabat yang apabila ditambah dengan berat laptop dan sebagainya menyebabkan seseorang ibu berfikir dua tiga kali untuk mengendong beg ke pejabat setiap hari.

Namun setiap usaha itu ada ganjarannya. Ada pahalanya. Kerana setiap bayi itu ada haknya. Iaitu untuk disusukan dengan hanya yang terbaik untuknya.
Let’s cooporate Izz!

p/s: gambar di atas adalah sewaktu Izz menikmati EBM di dalam komuter.

9 comments:

  1. Pok amai amai
    Belalang kupukupu
    tepuk biar pandai
    malam nanti upah susu

    susu lemak manis
    santan kelapa muda
    adik jangan nangis
    mama nak buat kerja

    ReplyDelete
  2. thanks baba...sbb suka dgr celoteh itu dan ini mama setiap hari.

    ReplyDelete
  3. MasyaAllah.. chomeynya.. Mama terus Maju.. untuk keluarga tercinta ( sambil nyanyi dalam tempo lagu PEKEMBAR)

    ReplyDelete
  4. sa', cube lawat blog ni www.sarakids.com/blog kat sini banyak petua dan tips pasal breastfeed.

    ReplyDelete
  5. kak sa'.ide ni.teruskan usaha kite untuk berikan yang terbaik buat anak kite.saya pun sekarang pagi-pagi g kerje bawak 3 beg.handbag,laptop n beg pam susu. saya guna set spectra.caiyok kak.

    ReplyDelete
  6. ahlan ide... thanks for the support. mudah2an kita akan terus bersemangat waja.. by the way, anak ide nama apa? dah berapa umurnya?

    ReplyDelete
  7. salam kenal kak :)
    Jgn lupa pump waktu weekend even tho baby stay with u all the time.
    Cuba curik masa utk pump ok. And night time before u go to bed as well. At least once!

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum, ni entry yg dah lama.. namun sekadar berkongsi.. utk bykkan susu, cuba try ambil supplemen shaklee
    http://www.ibuhakimhaikal.com/
    http://www.genkimomma.net/

    & suka untuk berkongsi blog ni informatif ni
    http://whenmayend.blogspot.com/2011/02/pam-susu-perlu-ke-pam-susu-kalau-tak.html

    ReplyDelete