Saya dan dia bertemu lewat malam itu. Asalnya, saya tidak merancang bertemu dia saat itu. Namun, telepati antara kami yang kuat mematerialisasikan pertemuan bermakna itu. Saatnya saya memerlukan dia, biasanya dia sudah sedia berada pada waktu dan ketikanya, tidak pernah terlewat. Sedikitpun.
Riak wajahnya tenang mendengar satu per satu luahan hati dan perasaan saya. Segala kesedihan, kekecewaan, keresahan dan kebimbangan saya didengarinya dengan empati. Seperti lazimnya, dia akan memberi saya kata-kata semangat yang memadam sedikit demi sedikit kesedihan saya. Saya akur bahawa dia teman terbaik saya sejak saya mulai "mengenalinya" di alam kampus. Saya bersyukur kerana masih punya teman baik seperti dia. Walaupun, ada satu marhalah dalam hidup saya yang saya hampir melupai dan meninggalkan dirinya. Kesal sekali.
Tuturnya.."Sa'diah, bersama setiap kesusahan, ada kesenangan. Jesteru, YAKINLAH!". Dia menyambung lagi.."Dunia adalah penjara Mukmin, menahan daripada melakukan segala yang bersesuaian dengan hawa nafsu adalah tiket untuk memperoleh kenikmatan hakiki di akhirat. Mana mungkin memperoleh syurga Allah andai melanggar segala apa yang Allah suruh di dunia, bukan. Syurga bukan percuma, sayang" Kelembutan tuturnya terus membisikkan saya kata-kata semangat dan kekuatan..."Ingat, enti tidak keseorangan...bersama-sama orang yang sabar, ada Allah!..maka SABARLAH!. Easy said than done, dear... but that is our way as Muslim, right?"
Saya sentiasa memerlukan sahabat yang baik dalam kehidupan ini. Saya sentiasa percaya bahawa sahabat yang baik adalah rezeki dan ni'mat Allah yang sangat berharga. Episod saya hampir "kehilangan" dia dalam hidup saya tidak akan saya ulangi lagi. Biarpun saya sedar diri saya banyak kelemahan dan kekurangan, dia tidak pernah memandang itu semua.
Saya tidak tahu kenapa ada ketikanya saya berasa kuat dan ada ketikanya saya berasa putus asa sekali tentang kehidupan saya. Saya melihat dunia dengan pandangan yang khali. Khali! Syukur, saya masih memiliki dia yang tidak pernah mengabaikan saya.
Saya ada manual untuk kehidupan yang bermakna. Namun, rupanya manual itu belum saya hadam menjadi sebahagian software dalam diri saya. Tidak seperti kepercayaan ttg Al Quds yang bakal dibebaskan seperti yang di fahami dan dieertikan oleh jiwa As Syahid Abdul Aziz Ar Rantisi. Al Quds dan AsSyahid adalah satu entiti. Namun, saya dan manual saya adalah dua entiti yang terpisah. Sebab itu As Syahid sanggup syahid demi Al Quds! Namun saya masih terkial-kial dalam dunia yang merugikan. Iya. Dunia rugi vs Dunia Untung. Dunia Rugi bila kita menggadaikan akhirat dengan dunia. Dunia Untung bila kita menjadikan dunia sebagai jambatan ke akhirat.
Terima kasih teman.

Ummuizz,
ReplyDelete"Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada di sisi ketika kita memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan".
“Seorang teman sejati akan membuat anda hangat dengan kehadirannya, mempercayai akan rahsianya dan mengingat anda dalam doa-doanya”.
“Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah”.
"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari" - (Saidina Ali)
Syukur ummuizz tlh ditakdirkan bertemu dgn seseorg yg bernama "sahabat"
K Mawar...thanks atas titipan kata2. Akak adalah sahabat saya yang baik. Thanks Allah for knowing you :)
ReplyDelete