Monday, December 27, 2010

FEKHRI

Malam tadi saya mendodoikan si putera kedua kesayangan kami. Saya mencipta dodoian tanpa tajuk terbaru untuknya. Sedap bunyinya di telinga saya dan Fekhri agaknya. Lirik bahasa Arab yang berbetuk doa susunannya. Oooohhh... menjadi ibu dan isteri ini rupanya meletakkan saya sebagai pencipta lagu juga... waaahhh.. I love it!

Hasilnya, Fekhri cuma mahu tidur di ribaan saya, dan jika diletak akan merengek lah dia. Iya. Fekhri putera kami kurang sihat. Bermula dengan batuk, selsema dan kini demam yang datang dan pergi.

Kami sudah menemukan Fekhri dengan pakar. Usaha. Selebihnya kami berdoa dan bertawakkal. Saya tak sabar mahu melihatnya tersenyum, ceria, bersembang dengan saya dan suami serta abangnya.

Fekhri....mama, baba and Izz sangat mengasihimu. Lekas sembuh ye sayang. Nanti boleh bergembira kembali.

3 comments:

  1. Komposer lagu? huhu patutpun lately baba selalu kena aura ngatuk.. rupanya banyak element dodoi kat rumah tu,

    Sama2 usaha dan doa moga Angah sembuh cepat...

    ReplyDelete
  2. ummuizz,

    tido mlm2 tu peluk angah ya, biar dia cpt sihat & rasa lebih tenang, insyaallah

    akak slalu gilir2 dgn abahnya pluk anak2 tiap kali anak2 tak sihat, sometimes it work

    ReplyDelete
  3. Abang: Abang, compose lirik ni part time je, nnt tercalon AJL susah juge :P

    K Mawar: Betul, mummy's hug is the best for them. Petang semalam Fekhri dah senyum2 dan sembang2...alhamdulillah syukur sgt. Akak ngan Adib mmg parents mithali!!!

    ReplyDelete