Tanggal 25 Sept 2005 adalah tarikh yang sangat bermakna dalam hidup kami. Ia tarikh di mana saya menjadi milik suami saya, Ismanizam Bin Ismail. Tarikh di mana dua hati disatukan dengan nama Allah dan kerana Allah. Ia adalah saat di mana saya melalui ‘turning point’ yang sangat besar dalam hidup saya dari bergelar gadis kepada seorang isteri. Jujurnya, proses ke arah hari bahagia kami mengambil masa empat minggu sahaja. Minggu pertama saya dilamar, minggu kedua kami bertunang, minggu ketiga kami sama-sama menghadiri kursus perkahwinan dan minggu keempat kami diijabkabulkan. Sekejap saja bukan? Paling penting adalah kami yakin dengan petunjuk dan hidayah Allah. Kerana keputusan yang dihidayahiNya adalah keputusan yang terbaik.
Kini sudah lima tahun kami melalui kehidupan bersama. Alhamdulillah, atas nikmat bahagia ini. Dan kini, kami dikurniakan dua orang putera yang soleh, sihat, sempurna dan pintar. Izzuddeen El Hakem dan Fekhri El Hakem. Kami sangat bersyukur dengan kurniaan Allah yang satu ini… anak-anak penyejuk mata. Dan saya sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang lelaki yang terbaik buat saya dan anak-anak saya. Saya merasakan sebahagian addeen saya telah sempurna dan tinggal saja untuk saya meningkatkan usaha untuk menyempurnakan addeen saya seluruhnya. Amen…
Tahun ini, saya ingin mencoretkan tentang BAHAGIA. Ya bahagia dalam berumahtangga. Lately, ramai pasangan yang melangsungkan perkahwinan mereka dan diwar-warkan pula melalui TV. Bila pasangan ini ditanyakan tentang apakah harapan mereka terhadap perkahwinan mereka, maka jawapan yang diberikan hampir sama sahaja…”Kami berharap/berdoa agar perkahwinan kami bahagia hingga ke anak cucu/ akhir hayat”. Ayat-ayat ini mengingatkan saya pada pesanan suami saya terhadap saya semasa kami mula-mula hidup bersama dahulu. “Sayang, bahagia itu natijah” tuturnya mesra. “Maksud abang?” saya masih mencari erti, maklumlah perasaan malu masih bertingkah. “Natijah memerlukan usaha dan ia tidak akan terhasil begitu sahaja. Untuk bahagia, kita sebagai suami isteri tidak boleh menantikan bahagia datang bergolek tiba-tiba. Ia tidak akan berlaku. Untuk bahagia, kita mesti berusaha mencapainya. Berusaha untuk bahagia. Baik di pihak suami mahupun isteri” suami saya menjelaskan. Iya. Ia pesanan yang cukup bermakna untuk saya hingga saat ini. Jika rumahtangga bahagia yang didambakan, maka berusahalah! Berusaha untuk bahagia dan membahagiakan.
Namun bagaimana untuk bahagia? Saya menemukan jawapannya akhirnya. Untuk membahagiakan rumahtanggamu, bahagiakanlah hatimu! Kerana hanya hati yang bahagia mampu membahagiakan. Percaya atau tidak, Allah tidak meletakkan bahagia pada harta kerana tentu sekali tidak adil kepada orang miskin yang tidak bisa merasa bahagia. Allah tidak meletakkan bahagia pada rupa, kerana meranalah orang yang hodoh kerana kempunan menikmati sebuah bahagia. Dan, Allah tidak meletakkan bahagia pada tubuh yang sihat sehingga meminggirkan orang yang sakit dan kurang upaya dalam mengecap nikmat bahagia. Bahkan Allah meletakkan bahagia pada satu tempat di mana semua manusia memilikinya. Iaitu HATI. Maha Adilnya Allah, maka dengan ini, semua orang berhak bahagia kerana semua dari kita memiliki hati. Tinggal lagi apakah hati kita bahagia ataupun tidak. Persoalannya bagaimana membahagiakan hati kita? Allah menjelaskan dalam Al Quran dengan terang sekali - bahagiakanlah hatimu dengan mengingati diriNya. Iya. Hati hanya akan tenang dengan mengingati Allah! Tinggal lagi persoalan, bagaimana mahu mengingati Allah? Mudah sahaja… pertama lakukan apa yang diwajibkan Allah seperti solat, puasa, zakat dan haji (jika berkemampuan). Kenapa? Kerana semua yang disebutkan adalah di ‘mandatorikan’ untuk membantu kita melakukan yang paling ‘basic’ dalam mengingati Allah. Analoginya, jika kita tidak mampu mengingati Allah 24 jam, sekurangnya kita mengingati Allah 50 minit (katalah purata solat kita setiap waktu memakan masa 10 minit) iaitu di dalam solat. Jadi, itulah pentingnya amalan ‘mandatori’ atau wajib ini. Sedikit demi sedikit, tambahkan ‘jam’ kita mengingati Allah dalam kehidupan kita. Pun begitu, ada juga yang mungkin terfikir, walaupun sudah solat, namun hati masih tidak tenang. Jawapannya, semaklah solat kita. Jika ada kekurangan, maka perbaikilah. Mungkin silapnya pada kualiti solat kita dan bukan pada kewajipan solat itu sendiri.
Sahabatku, Maha Penyayangnya Allah… dek kerana lemahnya kita dengan godaan hawa nafsu dan godaan syaitan yang mahu melalaikan kita daripada mengingati Allah, maka Allah menganjurkan kita berdoa untuk membantu diri kita mengingati Allah. Oleh itu, ketika saatnya, kita berasa lemah untuk mengingati Allah, maka berdoalah agar Allah membantu kita. Ingin saya kongsikan doa yang pernah dititipkan oleh seorang yang tinggi budinya kepada saya. Sa’diah, berdoalah agar imanmu sentiasa terpelihara.
“Kurniakanlah aku kesabaran dan kekuatan dalam melaksanakan ketaatan kepadaMu Ya Allah, kurniakanlah aku kesabaran dan kekuatan dalam meninggalkan kemaksiatan dan kemungkaran terhadapMu Ya Allah dan kurniakanlah aku kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujianMu Ya Allah”
MY DEAR HUBBY, HAPPY 1ST FIVE ANNIVERSARRY TO YOU AND ME. I LOVE YOU SO MUCH. GUIDE ME TO BE BETTER WIFE TO YOU. THANKS FOR ALL YOUR GUIDANCE, ASSISTANCE, KINDNESS, LOVE AND PATIENCE. YOU ARE MY EVERYTHING AND YOU ARE ALWAYS IN MY HEART. I PRAY TO ALLAH THAT OUR LOVE WILL END TILL JANNAH. AMEEN.
Luv – ISIS
p/s: entry ini backdated, tapi yang penting manisnya memori, bukan sekadar tarikhnya
buat akak tersaayang...
ReplyDeletesemoga berbahagia sentiasa dunia n akhirat....
luv u very much my kak ngah.....
-acu umil-
Tetapkan matlamat bersama,
ReplyDeleteJayakan bersama,
tautkan hati bersama,
tempuhi jalan dengan ceria dan penuh semangat bersama,
Didunia kita bertemu... disyurga kita bersama...
Acu umil: timasih atas du'a. Luv u my sister. Izz n Fekhri yang ensem pun luv acu :)
ReplyDeleteAbang: In syaAllah. Bercinta hingga ke syurga. Ameen.