Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

Friday, January 8, 2010

JANJI


Saya mengetahui berita kemalangan suami Akma ini dari Ainun. Akma adalah saudara sebelah Aki (baca: ayah) saya. Akma menggelarkan Aki saya Ayah Long sementara saya memanggil ayah Akma sebagai Ayah Ngah Soh. Saya dan Akma belajar di SMAC bersama-sama. Dia junior saya setahun. Jika saya melangkah ke UIAM, Akma menyambung pengajian ke DQ dan seterusnya ke Univ Al Azhar.

Saya dijemput ke walimahnya, namun tidak berpeluang memenuhi undangannya. Saya sendiri tidak ingat bilakah kali terakhir saya menatap wajah tenangnya.

Petang tadi, lebih kurang jam 4pm, saya menerima panggilan telefon dari Kak Sham memaklumkan yang suami Akma baru kembali ke rahmatullah jam 2 petang di Hosp Selayang. Saya terkejut sambil cuba menahan sebak di dada. Innalihi wa inna ilahi rajiuun.

Sudah tiba masa yang dijanjikan Allah buat hamba yang dikasihinya. Tinggal kita yang masih hidup untuk bertafakkur mengambil pengajaran darinya. Benarlah kata-kata "cukuplah kematian sebagai peringatan".

Saya menghungi Akma menerusi adiknya, Sumayyah. Dapat berbicara dengan Akma sudah cukup meruntun jiwa saya. Akma tenang menjawab telefon. Sempat bertanya khabar saya, padahal yang saya bimbangkan adalah khabar dirinya yang berbadan dua itu.

Subhanallah... sungguh dirinya tenang dan tabah. Pinta Akma cuma satu, doakanlah arwah suaminya. Terasa saya mahu berada di sisinya untuk menunaikan tanggungjawab terakhir ini. Sungguh.

Teman-teman yang mengenali beliau, doakanlah moga Akma terus tabah dan sabar. Dan, semoga roh suaminya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Ameen.

Al Fatihah.

Sunday, June 28, 2009

UKHUWWAH KEMBALI BERTAUT


source: afyan

SKETSA I
"Kita dah lewat satu jam mama" suami saya menegaskan sewaktu kami mula-mula bertolak dari Gunung Semanggol untuk ke destinasi seterusnya iaitu PD bagi menghadiri program hari keluarga IPRISMA Network. Waktu itu jam telahpun menunjukkan 7.30 malam, 27 Jun 2009.
Dan akibat keterlewatan itu, kami mengambil inisiatif bergilir-gilir memandu ke destinasi bagi meminimumkan masa yang terpaksa dikorbankan untuk berhenti tidur di R&R. Akhirnya kami sampai ke destinasi kurang setengah jam tengah malam. Alhamdulillah.

SKETSA II
Sewaktu bersarapan pada pagi Ahad, barulah saya dapat berjumpa dan berbual-bual dengan sahabat-sahabat yang turut serta kali ini. Masakan tidak, malam semalam kami hanya dapat berbual panjang dengan Ridhauddin dan Arfah sahaja (itupun sebab kami supper bersama di luar). Dan pagi ini, ada yang saya kenali dan tidak kurang juga yang baru menambah kenalan. Sungguhpun kami tidak dapat turut serta sesi taaruf sebenar di antara peserta petang semalam, sesi informal begini juga sedikit sebanyak mencambah mesra di hati.

SKETSA III
Sesi sukaneka menyaksikan team "single" dan "berpasangan" bersaing dengan sengit sekali. Saya hanya duduk memerhati sambil ditemani beberapa orang ibu yang sama-sama menjaga anak-anak kecil. Hati saya terhibur terutama melihat Izzuddeen turut sama bermain "tiup gula-gula" dalam tepung. Para ayah nampaknya lebih hebat memotivasikan anak-anak supaya menang... ni siapa yang main sebenarnya? :) Sementara Baba dan "team suami dan ayah" begitu meriah bermain bola tampar pantai, tarik tali dan "bina struktur/bangunan manusia dalam air". Saya pun rasa teruja juga, namun saya tetap berpuas hati sekalipun hanya duduk sambil menjaga Izzuddeen. Namun, hati kami sebagai kaum isteri ini tiba-tiba tertarik dengan makhluk panjang yang bergerak pantas di tengah lautan. Apa agaknya?

SKETSA IV
"Boleh tak kami nak rasa "banana" ni terbalik, tadi takdepun benda ni terbalik" protes dan luahan rasa lima orang para isteri yang teruja kerana pertama kali menaiki si "banana" ini. Begitu rupanya apabila masing-masing sudah teruja berpartisipasi aktiviti outdoor sebegini. Menikmati pusingan "banana" yang biasa-biasa sahaja rupanya belum memberikan kepuasan kepada kami. "Oh..kalau korang nak, boleh tapi spek mata kena tanggallah" brother pemandu bot memberi arahan. Tiga orang daripada kami pantas menghulurkan cermin mata masing-masing. Kami berteriak riang. Bot bergerak sekali lagi meninggalkan peserta family day lain yang sabar menunggu di tepi pantai. Saya dapat melihat baba dan Izzuddeen di celah-celah peserta lainnya. "Sabar ye Izz, mama tak nak lepaskan peluang ni" saya berbisik sendirian. Saya memang sukar melepaskan aktiviti outdoor begini, mungkin disebabkan minat saya sedari alam kampus lagi. Kali terakhir saya aktiviti outdoor saya ialah berkayak dan flying fox. Makanya, peluang kali ini saya raih semaksimumnya.
Bot yang dipandu laju, lap agak tajam yang diambil dan peranan seorang brother di bahagian belakang sekali "banana" akhirnya menyebabkan "banana" yang kami naiki ini benar-benar terbalik. Pegangan tangan saya pada tali "banana" terlepas dan kami berlima tercampak ke dalam air. Kami tercampak agak jauh di antara satu sama lain. Saya cuba melonjakkan diri dan membuat kayuhan kaki dan tangan seperti yang diarahkan. Namun, saya masih terkapai-kapai. Benar, saya tidak tahu berenang. Air laut yang masin semakin banyak yang masuk ke dalam mulut saya. Saya hanya nampak E di sebelah kiri saya dan Ar yang agak terkedepan. "Akak, boleh ke? Cuba lagi akak. Ar tunggu akak" junior IPP saya menjerit sambil saya cuba sedaya upaya ke arahnya. Sementara E yang juga kembarnya sudah agak berjaya berenang agak ke hadapan. Entah kenapa tepian pantai itu saya rasakan jauh yang amat. Brother yang mengendalikan servis ini turut menawarkan bantuan. Namun, mata saya sudah nampak "hero" saya sudah berlari dengan lajunya dari kejauhan. Alhamdulillah. "Tak apa, suami saya dah datang tu" saya berkata kepadanya. Selepas itu, "hero" sayalah yang membawa saya ke tepian. Rupa-rupanya para suami sudah panik juga melihat isteri-isteri mereka yang terkapai-kapai tadi. "Tu la... terbalik lagi, tengok dah kena rescue" kata-kata usikan itu membuatkan kami tersenyum. Tak apalah kena rescue, janji sudah merasa, tak gitu Fatihah, Ar dan E? Mesti mereka setuju dengan saya :)
Seronok dan puas hati. Itulah yang saya rasakan. Alhamdulillah.

MESRA kali ini mengukir kenangan manis buat kami sekeluarga apatah ia adalah yang pertama kali kami hadiri. Syukur pada Allah yang tetap mentaqdirkan kami dapat hadir sungguhpun lewat sedikit daripada peserta lainnya. Terima kasih dan tahniah buat urusetia yang membuktikan komitmen yang cukup tinggi bagi menjayakan program ini. Tahniah buat yang baru dilantik buat menerajui IPRISMA kali ini. Dan tahniah juga buat semua peserta yang sama-sama memeriahkan family day kali ini.

Nuhibbukum fillah!

(p/s: belum ada gambar peribadi yang diuploadkan kerana telefon saya out selama dua hari dek kerana tertinggal charger. Harapnya gambar kenangan pihak urusetia akan saya perolehi tidak lama lagi)

Friday, April 3, 2009

Mudah-mudahan Allah mengangkat darjatmu, Aisyah

Pagi ini saya memulakan rutin seperti biasa. Bezanya saya rasa sedikit terganggu dengan mimpi yang kerap berulang-ulang baru-baru ini. Saya cuba mempositifkan mimpi saya itu. Hubby saya juga menasihatkan agar menganggapnya sebagai mainan tidur sahaja. Saya cuba walau ada rasa tidak tenteram di jiwa saya. Astaghfirullah...
Ketika saya menyiapkan sedikit tugasan, saya menerima sms dari sahabat baik saya, Rina dari Pahang. Dengan nada smsnys "semoga sahabat semua tabahkan hati menerima sms ini...", deria saya menghidu khabar kurang enak. Nampaknya tekaan saya benar. Sahabat saya, Aisyah kehilangan suaminya pada malam yang sama di mana dia melahirkan zuriat sulungnya. Bahkan, ibu dan bapa mertuanya turut terkorban dalam kemalangan di Kerambit, Jerantut itu. Perlahan saya mengucapkan kalimah Innalillah wa inna ilaihi raaji'uun. Ada nada getar dalam lafaz itu. Saya sedih. Sungguh.
Saya forwardkan sms itu kepada sahabat-sahabat saya yang lain yang turut mengenali Aisyah... kepada along, angah, akmal, kak zid, hubby dan kak anavilin. Saya mohon mereka doakan kesejahteraan arwah dan kesihatan Aisyah juga. Dan, saya memohon pembaca entry ini juga turut mendoakan perkara yang sama.
Al Faatihah.
Kadang-kadang aku tidak tahu erti mimpiku sehingga ia diterjemahkan sebagai realiti. Aisyah, tabahkan hatimu sahabatku.