Itulah kali pertama saya hidup sendirian dan berjauhan dengan mak dan aki serta keluarga. Perasaan sedih terasa, namun kegembiraan lebih menguasai. Sekurang-kurangnya saya jelas dengan matlamat saya hadir ke sini. Dan saya masih punya dua orang kakak yang menuntut di kampus Lembah Kelang yang akan menengokkan saya. Bahkan lebih 10 orang exSMAC bersama-sama meneruskan perjuangan di sini.
Itu kisah 10 tahun yang lalu. Datang ke KL sendirian. Kini, saya telah bergelar isteri dan mama. Dulu maqam saya hanya sebagai anak, rupa-rupanya hijrah saya ini menjadi pemangkin penganugerahan dua makam yang lebih tinggi darjatnya.
Alhamdulillah. Kini saya dan suami sudah mempunyai penyejuk mata, penawar hati, Izzuddeen el Hakeem.
Dia adalah anugerah dan dia adalah amanah.
lalala...syoknya... bestnya...
ReplyDeleteSYABASSSS (bukan syarikat air ya)
S A L A M Z I A R A H
Teruskan usaha ya Ummu Eizz... Saya sokong anda! (bukan pemilihan calon Ketua Puteri ye)
Da... saya akan datang lagi ya.
Syukran atas ziarah pza...
ReplyDeleteDah try cbox tu?
wah..wah...mai selalu ye.
kirim salam pada izzuddeen yang cute..
ReplyDelete