Malam tadi saya mendodoikan si putera kedua kesayangan kami. Saya mencipta dodoian tanpa tajuk terbaru untuknya. Sedap bunyinya di telinga saya dan Fekhri agaknya. Lirik bahasa Arab yang berbetuk doa susunannya. Oooohhh... menjadi ibu dan isteri ini rupanya meletakkan saya sebagai pencipta lagu juga... waaahhh.. I love it!
Hasilnya, Fekhri cuma mahu tidur di ribaan saya, dan jika diletak akan merengek lah dia. Iya. Fekhri putera kami kurang sihat. Bermula dengan batuk, selsema dan kini demam yang datang dan pergi.
Kami sudah menemukan Fekhri dengan pakar. Usaha. Selebihnya kami berdoa dan bertawakkal. Saya tak sabar mahu melihatnya tersenyum, ceria, bersembang dengan saya dan suami serta abangnya.
Fekhri....mama, baba and Izz sangat mengasihimu. Lekas sembuh ye sayang. Nanti boleh bergembira kembali.
Result exam sudah keluar. Saya berjaya mencapai DL lagi. Alhamdulillah... syukur padaMu Ya Allah.
Semester lepas adalah semester saya sarat mengandungkan Fekhri dan exam final sewaktu dalam pantang. Hrmm... Fekhri lah teman saya di dalam kelas dan sewaktu memandu. Sungguh menakjubkan. Fekhri, we did it!
Buat Abang dan Izz... thanks for your support, understanding, love and patience. I couldn't achieve all this without you. Untuk both keluarga juga, terutama Mak dan adik-adik yang take care diri saya sewaktu confinement. This tribute goes to you, my dear!
Saya masih ingat waktu final exam, tongkang pecah lagi cantik dari rumah kami adanya... tapi kini, saya mengalu-alukan kedatangan Sarjan Saji untuk bagi markah ruang dapur saya! Hehe...
One more thing, teknik mind map sekali lagi membantu saya kali ini. Untuk rekod, subjek yang saya gunakan mind map, at least i got A-... ooohhh saya tetiba teringat Madam Rahimah and En Sha'aya :) - mereka adalah insan-insan yang mengenalkan mind map dan mengupgrade kemahiran ini respectively.
Tanggal 25 Sept 2005 adalah tarikh yang sangat bermakna dalam hidup kami. Ia tarikh di mana saya menjadi milik suami saya, Ismanizam Bin Ismail. Tarikh di mana dua hati disatukan dengan nama Allah dan kerana Allah. Ia adalah saat di mana saya melalui ‘turning point’ yang sangat besar dalam hidup saya dari bergelar gadis kepada seorang isteri. Jujurnya, proses ke arah hari bahagia kami mengambil masa empat minggu sahaja. Minggu pertama saya dilamar, minggu kedua kami bertunang, minggu ketiga kami sama-sama menghadiri kursus perkahwinan dan minggu keempat kami diijabkabulkan. Sekejap saja bukan? Paling penting adalah kami yakin dengan petunjuk dan hidayah Allah. Kerana keputusan yang dihidayahiNya adalah keputusan yang terbaik.
Kini sudah lima tahun kami melalui kehidupan bersama. Alhamdulillah, atas nikmat bahagia ini. Dan kini, kami dikurniakan dua orang putera yang soleh, sihat, sempurna dan pintar. Izzuddeen El Hakem dan Fekhri El Hakem. Kami sangat bersyukur dengan kurniaan Allah yang satu ini… anak-anak penyejuk mata. Dan saya sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang lelaki yang terbaik buat saya dan anak-anak saya. Saya merasakan sebahagian addeen saya telah sempurna dan tinggal saja untuk saya meningkatkan usaha untuk menyempurnakan addeen saya seluruhnya. Amen…
Tahun ini, saya ingin mencoretkan tentang BAHAGIA. Ya bahagia dalam berumahtangga. Lately, ramai pasangan yang melangsungkan perkahwinan mereka dan diwar-warkan pula melalui TV. Bila pasangan ini ditanyakan tentang apakah harapan mereka terhadap perkahwinan mereka, maka jawapan yang diberikan hampir sama sahaja…”Kami berharap/berdoa agar perkahwinan kami bahagia hingga ke anak cucu/ akhir hayat”. Ayat-ayat ini mengingatkan saya pada pesanan suami saya terhadap saya semasa kami mula-mula hidup bersama dahulu. “Sayang, bahagia itu natijah” tuturnya mesra. “Maksud abang?” saya masih mencari erti, maklumlah perasaan malu masih bertingkah. “Natijah memerlukan usaha dan ia tidak akan terhasil begitu sahaja. Untuk bahagia, kita sebagai suami isteri tidak boleh menantikan bahagia datang bergolek tiba-tiba. Ia tidak akan berlaku. Untuk bahagia, kita mesti berusaha mencapainya. Berusaha untuk bahagia. Baik di pihak suami mahupun isteri” suami saya menjelaskan. Iya. Ia pesanan yang cukup bermakna untuk saya hingga saat ini. Jika rumahtangga bahagia yang didambakan, maka berusahalah! Berusaha untuk bahagia dan membahagiakan.
Namun bagaimana untuk bahagia? Saya menemukan jawapannya akhirnya. Untuk membahagiakan rumahtanggamu, bahagiakanlah hatimu! Kerana hanya hati yang bahagia mampu membahagiakan. Percaya atau tidak, Allah tidak meletakkan bahagia pada harta kerana tentu sekali tidak adil kepada orang miskin yang tidak bisa merasa bahagia. Allah tidak meletakkan bahagia pada rupa, kerana meranalah orang yang hodoh kerana kempunan menikmati sebuah bahagia. Dan, Allah tidak meletakkan bahagia pada tubuh yang sihat sehingga meminggirkan orang yang sakit dan kurang upaya dalam mengecap nikmat bahagia. Bahkan Allah meletakkan bahagia pada satu tempat di mana semua manusia memilikinya. Iaitu HATI. Maha Adilnya Allah, maka dengan ini, semua orang berhak bahagia kerana semua dari kita memiliki hati. Tinggal lagi apakah hati kita bahagia ataupun tidak. Persoalannya bagaimana membahagiakan hati kita? Allah menjelaskan dalam Al Quran dengan terang sekali -bahagiakanlah hatimu dengan mengingati diriNya. Iya. Hati hanya akan tenang dengan mengingati Allah! Tinggal lagi persoalan, bagaimana mahu mengingati Allah? Mudah sahaja… pertama lakukan apa yang diwajibkan Allah seperti solat, puasa, zakat dan haji (jika berkemampuan). Kenapa? Kerana semua yang disebutkan adalah di ‘mandatorikan’ untuk membantu kita melakukan yang paling ‘basic’ dalam mengingati Allah. Analoginya, jika kita tidak mampu mengingati Allah 24 jam, sekurangnya kita mengingati Allah 50 minit (katalah purata solat kita setiap waktu memakan masa 10 minit) iaitu di dalam solat. Jadi, itulah pentingnya amalan ‘mandatori’ atau wajib ini. Sedikit demi sedikit, tambahkan ‘jam’ kita mengingati Allah dalam kehidupan kita. Pun begitu, ada juga yang mungkin terfikir, walaupun sudah solat, namun hati masih tidak tenang. Jawapannya, semaklah solat kita. Jika ada kekurangan, maka perbaikilah. Mungkin silapnya pada kualiti solat kita dan bukan pada kewajipan solat itu sendiri.
Sahabatku, Maha Penyayangnya Allah… dek kerana lemahnya kita dengan godaan hawa nafsu dan godaan syaitan yang mahu melalaikan kita daripada mengingati Allah, maka Allah menganjurkan kita berdoa untuk membantu diri kita mengingati Allah. Oleh itu, ketika saatnya, kita berasa lemah untuk mengingati Allah, maka berdoalah agar Allah membantu kita. Ingin saya kongsikan doa yang pernah dititipkan oleh seorang yang tinggi budinya kepada saya. Sa’diah, berdoalah agar imanmu sentiasa terpelihara.
“Kurniakanlah aku kesabaran dan kekuatan dalam melaksanakan ketaatan kepadaMu Ya Allah, kurniakanlah aku kesabaran dan kekuatan dalam meninggalkan kemaksiatan dan kemungkaran terhadapMu Ya Allah dan kurniakanlah aku kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujianMu Ya Allah”
MY DEAR HUBBY, HAPPY 1ST FIVE ANNIVERSARRY TO YOU AND ME. I LOVE YOU SO MUCH. GUIDE ME TO BE BETTER WIFE TO YOU. THANKS FOR ALL YOUR GUIDANCE, ASSISTANCE, KINDNESS, LOVE AND PATIENCE. YOU ARE MY EVERYTHING AND YOU ARE ALWAYS IN MY HEART. I PRAY TO ALLAH THAT OUR LOVE WILL END TILL JANNAH. AMEEN.
Luv – ISIS
p/s: entry ini backdated, tapi yang penting manisnya memori, bukan sekadar tarikhnya
Saya rasa nak tergelak dengan tajuk di atas. Lucu ada ntah hapa-hapa pun ada. Mungkin saya menulis entry ini sewaktu saya juga sedang busy menyiapkan presentation saya yang ilmiah bunyinya. Apapun, saya menulis entry ini untuk kenangan masa depan saya dan keluarga yang saya cintai ini.
Tanggal 26 Sept 2010 adalah hari yang dimaksudkan. Ia adalah sehari selepas ulangtahun kelima perkahwinan kami. Alhamdulillah… dah lima tahun rupanya kami bersama. Alhamdulillah atas kurniaan Allah yang tidak terhingga ini. KELUARGA BAHAGIA! Oo ye entry berkenaan sambutan anniversary akan saya update kemudian hari ye kawan-kawan… saya tengah bersemangat nak kongsikan kelahiran si comel ni dulu hehe…
10 pagi – 12 tgh: kami sekeluarga masih di Jenderak. Kami menikmati kek hutan hitam yang ditempah khas di Salsabila (promote jgn tak promote … mak ngah piza ye). Rasanya sangat sedap dan berkhasiat sekali… berbaloi untuk dinikmati bersama orang-orang yang kita sayangi termasuk mak cik ana jiran rumah mak ok.. hehe..
5 petang: plus minus perjalanan Jenderak – Putrajaya selama 3 jam, Alhamdulillah akhirnya kami sampai depan rumah Alang untuk mengambil kereta kami. Sepanjang perjalanan, saya sentiasa update frequency contraction kepada abang… mode contraction juga started becoming “medium”. Sewaktu makan di Dapur Mas, ada air yang keluar. Sungguh, saya tak tahu itu air ketuban. Saya menarik tangan abang ke luar restoran untuk berbincang. Sebenarnya, saya baru mendapat khabar dari Abg Ngah saya yg Aki (baca: ayah) dimasukkan ke ICU, HTAA kerana komplikasi post-operation batu karangnya di KMC. Saya bimbangkan Aki namun risaukan baby saya juga. Akhirnya, kami mengambil kata putus utk ke Azzahra dulu utk memastikan keadaan baby selamat.Abang memecut (ala-ala ambulans ok..)ke Az Zahra. Acu dalam kereta kami. Sementara mak dan alang menyusul dgn kereta berasingan. Saya sempat menghubungi O&G unit memaklumkan saya perlukan my gynae iaitu Dr Faz utk bersalin sekejap lagi.. (confident je nak bersalin kejap lagi tu).
5.30pm: sampai di Azzahra, abang menolak saya dgn wheel chair ke tingkat 2. Air ketuban mencurah-curah keluar. Pemeriksaan CTG bayi – normal Alhamdulillah. Nurse kata Dr Faz cuti dan akan digantikan dengan Dr Noraini… (dalam hati..alamakkkk!!) Kemudian seorang bidan berwajah tenang, berusia separuh umur memeriksa bukaan servik… katanya dah 4 cm! Nasib baik muka dia tenang saja, kalau tak tentu saya menggelabah juga… mana taknya saya tak solat zuhur dan asar lagi!
5.45pm – 6.30pm: Diberi ubat untuk buang air besar. Solat jama’ ta’khir sambil duduk saja… doa banyak-banyak dan minta ampun kepada Allah. Nurse mengetuk pintu “puan, kita ke labor room ye”. Saya bersalaman dengan mak, alang dan acu serta Izz yang soleh. Abang menolak wheel chair dan menemani saya masuk ke labor room di tingkat 1.
6.45pm: Saya dimasukkan ubat cetusan kontraksi. Kesakitan yang amat semakin dirasai. Abang menenangkan… meminta saya menarik nafas yang panjang dan dalam setiap kali kontraksi terasa. Nurse menawarkan saya tiga options: 1) pain killer pills 2) pethadine (betul ke ejaan dia camni Alang?) 3) epidural. Macam kelahiran pertama, saya memilih pilihan kedua. Sakit kontraksi berkurangan sedikit.
7.15pm: nurse mengambilkan wudhu utk saya… thanks nurse ye! Saya solat sambil berbaring saja. Abang keluar utk solat.. saya berbisik kepadanya “doakan sayang ye dalam solat abang” abang menggenggam erat tangan saya.
7.30pm: Dr Noraini tiba. Mak masuk menggantikan abang untuk menemani saya. Dr Noraini memeriksa bukaan serviks “dah 8 cm ni”. Semua staf dalam labor room mulai bersedia. Abang masuk semula setelah selesai solat.
8.00pm: sakit yang amat sangat dirasai. Dr Noraini meminta saya push jika ada contraction. Saya katakan yang saya sangat sakit… bidan, dr dan abang meminta saya bertenang dan menarik nafas panjang, tahan seketika dan push dengan kuat setiap kali contraction. First contraction saya rasa saya tak boleh buat dengan baik. 2nd contraction saya dgr Dr Noraini kata “good job, Sa’diah..cuba lagi..lagi” Sewaktu 3rd contraction, saya pandang wajah suami saya yang bersungguh-sungguh meminta saya buat yang terbaik. Lalu, saya katakan pada diri saya yang saya BOLEH BUAT! Demikianlah… dengan 3 kali contraction dan 5 times saya push… akhirnya dengan izin Allah, putera kedua kami selamatkan dilahirkan ke dunia tepat jam 8.10pm. Beratnya ialah 2.96kg… saya memeluk bayi kami erat sambil mengucapkan syukur. Uri juga selamat dikeluarkan. Saya diberi ubat tidur utk sedikit proses jahitan. Kalimah terakhir yg saya dgr sebelum terlena ialah lantunan azan suami saya ke telinga si mujahid yang baru membuka matanya. Welcome to the world, dear!
Special, heartiest, warmest and sincerest accomplishment to my BELOVED HUBBY, Mak, Acu, Alang, Dr Noraini dan semua staff yang terlibat membantu saya dalam proses kelahiran our 2nd lil caliph ini… (macam dedikasi penghasilan drama pulak kan?) Kami namai putera kami ini dengan Fekhry El Hakeem bin Ismanizam. Makna nama putera kami ialah “kebangaanku yang berhikmah” … Semoga menjadi anak yang soleh.. penyejuk mata dan imam golongan yang bertaqwa.
Oo ye entry berpantang akan saya update I’allah bila saya dah kurang busy. Terima kasih kawan-kawan yang datang menziarahi kami dan wish kami tru calls, sms dan fb. I love u all!
I am a devoted wife to Ismanizam Ismail and a dedicated mum to our three lil, adorable, future caliphs Izzuddeen El Hakem, Fekhri El Hakem and Irfaan Fateh El Hakeem.
ISIFF is my LOVE :)