Wednesday, August 11, 2010

WHEN IT COMES AGAIN

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...

Ya Mausimal Quran...

Bulan Penuh keberkatan. Ini adalah Ramadhan ke 30 dalam hidup saya sebagai sebagai seorang Muslimah. Jika dihitung dari occurence, maka sudah banyak jumlahnya. Namun, jika dinilai dari kualiti, masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.

Untuk itu, saya sangat mengharapkan agar Ramadhan kali ini benar-benar mampu mendidik nafsu saya agar tunduk pada Allah Maha Pencipta. Ramadhan datang dengan pakej mendidik nafsu... dan itulah harapan dan target saya. Kerana mendidik nafsu itu tidak mudah, Allah hadiahkan pendekatan khusus untuk mencapainya. Syukur, alhamdulillah... atas kehadiran bulan tarbiyyah ini untuk kita semua. Bersamalah kita meraih magfirah dan rahmat Allah.

Bulan 'bonus' di mana pahala digandakan. Bulan di mana adanya 'lailatul qadr'... dan bulan itu kembali lagi. Allahumma yassir umuurana Ya Allah.

"Jadikanlah kami dari golongan yang istiqamah dalam memakmurkan bulan ini Ya Allah"

Ameen.

Wednesday, July 28, 2010

LEARNING PROCESS

Saya yakin hampir semua dari kita gembira dan senang hati jika dilayan dengan rasa hormat, kasih sayang dan empati. Benarlah bak sabda Rasulullah SAW.. (yang antara mafhumnya) …“treat people the way you want people to treat you”.


Samada di surau, masjid, kelas pengajian formal mahupun informal, kedai, kaunter, stesen minyak, perniagaan online dan sebagainya. Apa yang kita harapkan ialah kita mahu menerima layanan dan respon yang sopan dan munasabah.


Jujurnya, banyak pengalaman yang positif dan tidak kurang juga yang negatif yang mungkin pernah kita alami. Saya pernah ke sebuah farmasi dan meminta painkiller dan selanjutnya bertanyakan samada ia selamat atau tidak untuk ibu mengandung. Beliau menjawab dengan nada seolah-olah semua orang tahu yang ubat itu selamat untuk ibu mengandung. Saya saat itu mengharapkan agar beliau empati akan orang yang mungkin tidak mahir dalam bidang yang mungkin dia mahir. Saya yakin jika beliau memberikan respon yang lebih baik terhadap pertanyaan saya, saya pasti akan berkunjung lagi ke premis beliau.

Pun begitu, masih banyak pengalaman positif yang saya alami. Menariknya, kebanyakan yang positif ini saya alami sewaktu saya bersama pensyarah-pensyarah saya.

Suatu ketika saya di bilik pensyarah saya;

“Come in please. Have your seat”. Bukan apa, ramai juga pensyarah yang mungkin terlupa menjemput pelajarnya yang sudah tersembul di muka pintu apatah lagi mempelawanya duduk. Oohh…saya juga kadangkala begitu.


Suatu ketika di dalam dewan kuliah;

“Shall we start our lecture, my students?” pensyarah saya memulakan kalamnya. Bukan apa, kadangkala, kelas yang bising dan hingar bingar menjadikan saya memulakan kalam saya begini “Are you done students?” Baru saya tersedar betapa bersopannya pensyarah saya. Aduhaii…

“I cannot disagree with you. What you have just mentioned was a fact” jawabnya sambil tersenyum. Itu sikap pensyarah saya apabila meraikan pendapat dan idea pelajarnya. Pelajarnya pasti senang hati dengan komen yang membina. Bukan memusnahkan. Alangkah bagusnya jika saya juga sentiasa berhati-hati memberikan komen terhadap idea dan jawapan pelajar saya.

“I might be very interested on your point just now…” pujian yang beliau berikan usai pembentangan di dalam kelas. Sekalipun ada kekurangan dalam pembentangan kami, namun yang beliau highlight terlebih dahulu adalah yang baik-baik belaka. Saya tersenyum setiap kali mengenangkannya.


Suatu petang sewaktu coffe break;

“Can I join you?” pensyarah saya mahu minum bersama kami. Kami pula yang malu alah kerana tidak mempelawanya terlebih dahulu. Kami tentu rasa sangat senang hati dan dihargai. Bukan apa, tidak ramai pensyarah yang willing duduk minum dengan pelajarnya di kafetaria.

“Do you already have specific topic for your research?” soal beliau sambil santai-santai menghirup coffee. Kami meneruskan sembang. “If so, you might see Dr Rosli. He’s an expert in economic development” beliau ramah membantu dan membimbing pelajarnya tanpa had waktu dan tempat. Saya sangat menghargainya.


Demikianlah kehidupan. Saya percaya pensyarah dan guru adalah pendidik. Mereka yang mendidik kami dengan ilmu dan budi. Yang memaknakan kalam dalam kesungguhan dan komitmen yang tinggi dan tidak berbelah bahagi. Terlalu banyak yang saya pelajari dari mereka. Menjadikan saya terus belajar untuk menjadi seperti mereka yang tinggi ilmu dan budi.


Saya akui yang saya masih belajar. I am in the middle of learning process. Thanks to my beloved teachers, ustaz, usatazah and lecturers. I love and admire you all.

Thursday, July 15, 2010

RARELY UPDATED

Assalamualaikum,

Dear readers,

I would like to apologize for not updating my blog recently. I have neither excuse nor reason for that.

In fact, there were my things happened that I thought too personal to be shared here. So, I reserved them in my private blog only.

For now, I am 7+ months of pregnancy. My first son, Izz just celebrated his 2nd birthday last month. He keeps improving his social, learning and communication skill. He loves to read "Al-Matein" - a book on learning Al Quran. He enjoys asking this and that. He uses to spend time with his flashcards. On top of all these, he enjoys swimming very much. Izz, semoga jadi anak yang soleh ye... :)

I started to live in a hectic yet meaningful life as a continuous knowledge seeker. Many people keep asking me when I'll finish study. There is only one answer... I WILL FINISH it. That's it. So, just wait for it and I would never disappoint anyone. Just believe in me. Alhamdulillah, I managed to get the dean list last semester.

My life as a career woman goes up and down. I feel cherish when my students performed and down when they did not. I feel ok when I could complete my task excellently and sad when it turned up differrently. For Allah I keep praying to guide, assist and empower my soul and mind to the path of success here and Hereafter.

I am thankful to Him for having such a supportive and understanding soul partner. With whom I could calmly and confidently move on and struggling for the best.

Oohh.. I got to go now.

Thank you.

Thursday, June 3, 2010

HARI PERTAMA

Hari ini tercatat sejarah sebagai hari pertama persekolahan Izz di taska. Menurut perancangan yang dibuat, kami akan menghantar Izz ke taska apabila Izz menjangkau dua tahun. Setelah penelitian dibuat, maka kami memilih Taska Anakku Pintar, sebuah pusat perkembangan kanak-kanak Islami milik kenalan kami juga.

Izz nampaknya gembira. Dan kami lebih-lebih lagi. Semoga Izz akan menjadi anak soleh yang bijak dan berhikmah sebagaimana namanya. Kami melambaikan tangan dengan seribu pengharapan. Sekurang-kurangnya tarbiyyah luar rumah atau tarbiyyah sekunder ini kami cuba sempurnakan sebaik mungkin. Kami berdoa agar tarbiyyah primer di rumah itu akan menunjangi kekuatan dan akhlaq dirinya.

Saya rasakan hari ini sangat bermakna untuk saya. Ia adalah milestone anak yang saya cintai.

Syukur alhamdulillah :)

Wednesday, March 10, 2010

INGATAN ULANGTAHUN


Hari ini adalah 10 Mac 2010. Ia adalah tarikh yang setiap tahun akan saya hightlight di dalam planner saya.

Ia adalah tarikh ulangtahun suami saya yang tercinta. Saya tiada apa-apa yang istimewa untuk dihadiahkan. Namun, saya tetap mengingatinya.

Untuk itu, saya hadiahkan sekalung doa moga suami saya sentiasa sihat, dihidayahi, bersemangat, istiqamah dan memperoleh yang terbaik dalam setiap yang diusahakannya.

Semoga keluarga kita akan menjadi syurga kita di dunia.

Mama, abang dan angah sayang baba!

Monday, March 8, 2010

TENTANG CINTA




PERTEMUAN
Ahad lepas, saya menikmati makan tengahari di kampus UIAM Gombak. Bersama-sama saya kenalan lama saya yang sudi menemankan. Saya berselera benar menikmati nasi bukhari yang lazat petang itu. Mungkin orang mengandung ini seleranya pelik-pelik. Sanggup ke UIA semata-mata mahu makan nasi bukhari The Nile!

AAC dan KCB
Kami bersembang lama. Maklumlah sudah lama tidak berjumpa. Ada topik yang singgah tentang cinta. Sudah adatnya dunia remaja bukan? Soalnya bagaimana memaknakan sebuah cinta?

Saya pernah menonton kedua-dua filem AAC (Ayat-ayat Cinta) dan KCB (Ketika Cinta Bertasbih). Namun, saya masih belum berpeluang membaca novel KCB. Pada saya, ada kelainan antara novel AAC dan filemnya. Novel AAC lebih 'enrich' dari segi ilmu, pembawaan watak dan jalan cerita berbanding filemnya. Pun begitu, kedua-dua filem ini tetap mencatat 'rating' di hati saya.

Saya melihat kedua-dua filem ini sebagai penceritaan yang baik tentang bagaimana seseorang harus memahami dan bermuamalah dengan cinta. Cinta bukan subjek yang diajar secara formal di sekolah. Namun, ia akan datang ke dalam kehidupan kita.

Melalui sekolah kehidupan. Sama ada mahu atau tidak. Sama sedar mahupun sebaliknya. Jadi penting untuk kita tahu mengurusnya.

Dalam kedua-dua filem tersebut terdapat dua perkara yang sama. Jujurnya, setakat pemerhatian saya yang terhad ilmu perfilemannya.

Pertama: Framework tentang cinta
Kedua: Strategi bercinta

FRAMEWORK CINTA AAC dan KCB
AAC dan KCB kedua-duanya mengetengahkan cinta yang objektifnya jelas iaitu sebuah PERKAHWINAN. Baik Fakhri dengan Aisya mahupun Azzam dengan pasangannya Anna. Jika pun boleh disebut cinta, maka yang ada pada mereka hanyalah cinta SELEPAS perkahwinan. Warna-warni dan rencah jalan cerita yang berliku itu hanya menuju matlamat yang jelas dan satu iaitu PERKAHWINAN.

Sebuah jalan cerita yang mungkin sama sahaja dengan filem Hindustan?

Tentu tidak pada saya. Kerana filem Hindustan menggamit khayalan, melestarikan perasaan yang bukan-bukan, membutakan cinta dengan nafsu dan lebih kepada kecintaan hanya pada paras rupa. Manakan kita pernah menonton hero atau heroin yang tidak kacak atau jelita dalam filem-filem mereka? Nanti ada pula panggung wayang yang dibakar di India...

AAC dan KCB juga mengetengahkan tentang MATLAMAT perkahwinan yang dicitrakan. Baik Fakhri mahupun Azzam, kedua-duanya mahukan isteri yang solehah, beragama, terdidik dan memiliki akhlaq yang mulia. Demikian Aisya dan Anna, lelaki soleh dan beragama itulah yang didambakan. Kriteria yang mereka idamkan jelas sekali. Masakan tidak, ini kerana MATLAMAT perkahwinan mereka juga jelas. Mahu membina usrah yang menjadi penerus perjuangan Islam.

Sayang sekali, filem cinta yang ada 'kering' dalam mendakwahkan masyarakat tentang hal ini (mungkin tidak semua). Yang ada hanya perkahwinan mesti didasari cinta. Sedangkan matlamat yang lain senang-senang dikesampingkan. Jika anda menonoton Dalil Cinta baru-baru ini, memang jelas yang perkahwinan Lia dan Zareef adalah tidak ketahuan. Setakat cinta semata-mata? Sedangkan perkahwinan itu adalah PAKEJ.. ia kombinasi CINTA dan kesediaan melaksanakan TANGGUNGJAWAB. Tanpa kedua-duanya perkahwinan tidak akan sama seperti yang diimaginasikan!

STRATEGI BERCINTA AAC dan KCB
Dalam AAC dan KCB. Ada tiga strategi cinta berkesan yang diutarakan dengan baik.

Pertama: USAHA
Sebut tentang usaha, ramai yang mengatakan perempuan lazimnya lebih terhad untuk berusaha Benarkah begitu? Saya tidak rasa begitu setelah melihat tindakan Aisya yang meminta bapa saudaranya untuk taqdim Fakhri Bin Abdullah Siddiq. Begitu juga tindakan Nurul yang meminta bantuan Ustaz Jalal bagi tujuan yang sama. Malah Noura menggunakan medium surat. Mereka masing-masing berusaha. Yang penting usaha itu dalam batas syara' dan berkesan.

Dalam menyebut hal USAHA, ada tiga elemen yang penting di situ. MASA yang TEPAT, MEDIUM yang TEPAT dan TEKNIK yang TEPAT. Ketiga-tiganya harus ada serentak. Contoh mudah, Nurul dalam AAC mungkin ada medium yang tepat iaitu Ustaz Jalal, dan teknik yang tepat iaitu orang tengah yang dihormati oleh Fakhri. Namun, Nurul kehilangan sesuatu iaitu masa yang tepat! Nurul telah terlambat! Benarlah...kadang-kadang jodoh belum tiba kerana belum ada ketiga-tiganya. Teruskan berusaha!

Kedua: DOA
Tidak dinafikan, watak-watak di dalam filem ini mengutamakan doa bagi mengiringi setiap usaha mereka. Fakhri bahkan meminta ibunya di Indonesia mendoakan jodoh yang solehah untuknya. Azzam yang setelah pulang ke kampung halamannya, sentiasa berdamping dengan doa dalam setiap langkahnya meminang pilihan hatinya.

Ya. Doa adalah senjata mukmin. Lantaran itu, berdoalah agar dikurniakan jodoh yang terbaik.

Ketiga: Tawakkal
Menerusi AAC dan KCB, saya berjaya 'refine' makna tawakkal yang saya faham sebelum ini.

Katalah dalam KCB, Azzam berusaha dan berdoa agar memperoleh seorang isteri yang solehah. Dan dia merasakan Anna lah orangnya, lalu dia berusaha untuk melamar Anna melalui kenalannya. Namun, taqdir Allah menentukan Anna telah dikhitbah temannya, iaitu Furqan. Bagi Azzam, dia tidak menentukan Anna lah satu-satunya jodohnya. Namun, dia tidak pula tahu sama ada benar Anna jodohnya atau tidak melainkan setelah dia berusaha. Makanya, jika jodohnya dengan Anna maka Allah pasti akan memperkenankan doa dan usahanya. Jika tidak, maka pastilah Allah akan menentukan jodoh yang lebih baik untuknya. Itulah tawakkal.

Dalam realiti kehidupan juga begitu, jika anda mahu mencari pasangan yang soleh dan solehah untuk dinikahi, jangan anda bertawakkal untuk memperoleh si dia! Tetapi bertawakkal untuk mendapat yang soleh. Jika anda yakin yang dia adalah orangnya, maka berusaha dan bertawakkal kepada Allah. Jika dipermudahkan maka insyaAllah dia adalah untukmu. Jika sebaliknya, mungkin itu bukan yang terbaik untukmu.

Ketahuilah...kita bertawakkal bukan untuk si dia, tetapi bertawakkal memperoleh calon yang soleh. Mungkin dia dan barangkali juga orang lain! Yang penting terus berusaha dan berdoa.

Sekian bingkisan AAC dan KCB saya... :)