Malam tadi saya mendodoikan si putera kedua kesayangan kami. Saya mencipta dodoian tanpa tajuk terbaru untuknya. Sedap bunyinya di telinga saya dan Fekhri agaknya. Lirik bahasa Arab yang berbetuk doa susunannya. Oooohhh... menjadi ibu dan isteri ini rupanya meletakkan saya sebagai pencipta lagu juga... waaahhh.. I love it!
Hasilnya, Fekhri cuma mahu tidur di ribaan saya, dan jika diletak akan merengek lah dia. Iya. Fekhri putera kami kurang sihat. Bermula dengan batuk, selsema dan kini demam yang datang dan pergi.
Kami sudah menemukan Fekhri dengan pakar. Usaha. Selebihnya kami berdoa dan bertawakkal. Saya tak sabar mahu melihatnya tersenyum, ceria, bersembang dengan saya dan suami serta abangnya.
Fekhri....mama, baba and Izz sangat mengasihimu. Lekas sembuh ye sayang. Nanti boleh bergembira kembali.