Monday, August 10, 2009

DI MANA ADA KEMAHUAN...

"Abang, kereta ni tak nak start lah" tutur saya menerusi perbualan telefon kami. Sudah hampir 5 minit saya cuma menghidupkan kuda hitam kedua kami. Namun tidak berhasil. Saya sedikit kecewa. Jam waktu itu sudah menunjukkan 12.15 tgh. Padahal kurang setengah jam lagi saya sepatutnya memberikan pengisian dalam Bicara Siswi di ukm. Suami saya pula sudah bersedia untuk solat Jumaat masjid. "Nampaknya mama terpaksa batalkanlah" suami saya akhirnya terpaksa memberikan solusi yang beliau sendiri tahu saya tidak suka. Bahkan suami saya juga begitu (tidak suka membatalkan program melainkan adanya keuzuran). "Ya Allah, macammana ni" saya serba salah. Saya cukup-cukup tidak mahu menghampakan adik-adik siswi itu. Alhamdulillah, rupanya masih ada jalan keluar. Dua orang siswi bersedia menjemput saya, Izz dan Along di BSP. Saya mengucapkan syukur kepada Allah.

Sungguhpun program itu bermula sejam lewat daripada yang dijadualkan, ia tetap berjalan lancar. Tajuk yang diberikan ttg wanita "Gosip + Fitnah + Mengumpat = Sedekah??" Berdasarkan sedikit pembacaan dan kajian, saya cuba mengulasnya sebaik mungkin. Ada 15 slides semuanya (sudah cukup banyak untuk saya yang masih amatur). Akhirnya, saya mengaitkan isi keseluruhan pengisian saya dengan sebuah hadith riwayat Muslim ttg bagaimana seseorang yang melakukan perbuatan yang menyakiti saudaranya (termasuklah mengumpat dan memfitnah), maka di akhirat kelak dia akan dipertanggungjawabkan bukan sahaja untuk memberikan pahala untuk saudaranya yang disakitinya itu. Bahkan juga, jika belum setimpal dengan nilai pahala yang telah diberikan, maka akan dia akan menanggung dosa saudara yang disakitinya itu. Sehinggalah akhirnya dia akan menjadi seorang yang MUFLIS lalu dicampakkan ke dalam neraka. Wal'iyazubillah...

Sesi soal jawab juga menampakkan soalan yang matang dan realistik diajukan. Bagi mana-mana yang saya tiada authority untuk menjawabnya, maka saya mengambil sikap tawaqquf sahaja. Itu lebih utama. Saya juga merasa gembira melihat inisiatif SHES (sekolah hal ehawal siswi) menganjurkan sesi perkongsian ilmu begini. Mudah-mudahan ia akan dapat diteruskan serta dimanfaatkan oleh setiap warganya.

Terima kasih untuk adik-adik yang menjemput dan menghantar saya. Terima kasih untuk sahabat saya Along yang sudi menemankan.

p/s: Izz sabar menunggu mama solat. Lihat sahaja matanya yang basah kerana menangis. Aduhaii anak mama!

Tuesday, August 4, 2009

MENGGENGGAM KEJAYAAN: SIRI II

SUATU KETIKA
"Dulu Aki ke sekolah tak pakai kasut. Masa tu kalau pakai selipar pun dah alhamdulillah. Cikgu-cikgu masa tu bila waktu persekolahan bermula bukannya boleh mengajar terus, tapi kenalah pastikan murid-murid tu dah potong kuku ke belum, kalau ada kutu pada rambut pula inilah masanya hapuskan kutu rambut dulu. Ada yang berkudis tu kenalah cikgu sapukan ubat kudis dulu. Hrmm.. bukan senang tau jadi cikgu masa dulu-dulu apatah lagi di kawasan kampung. Mereka perlu faham dengan siapa mereka berhadapan dan bagaimana mahu berhadapan dengannya. Itulah pengorbanan. Biasanya ia pahit pada awal, namun manis di hujungnya" Aki bercerita panjang lebar. Sebenarnya, hampir setiap kali saya duduk mengulangkaji pelajaran sewaktu di tingkatan tiga, empat dan lima, saya akan mendengar cerita dulu-dulu oleh Aki dan Emak. Suasana di rumah yang sunyi dan tenang pada waktu petang biasanya diserikan oleh celoteh kami bertiga. Ruang tamu itu menjadi tempat kami bersantai. Tiada perabot yang mahal atau sistem TV yang canggih ... namun tetap merasa tempiasnya sebuah bahagia. Adakalanya, satu cerita itu pernah Aki ceritakan beberapa kali, namun saya tetap menghargainya.
Cerita tentang ke sekolah dengan berjalan kaki dan kadangkala terjumpa tapak kaki haiwan liar.
Cerita tentang pulang dari sekolah dan bermain di Sungai Pahang.
Cerita tentang berkongsi bekal dengan Tok Ngah.
Cerita tentang pertama kali menaiki keretapi ke Tanjung Malim.
Cerita tentang si penjual makanan yang pemurah.
Cerita tentang baju kot pertama aki.
Cerita tentang arwah Tokki bekerja membanting tulang bersama arwah Tok.
Cerita tentang maruah diri.
Cerita tentang susah dan payah.
Cerita tentang pengorbanan dan kejayaan dan segala-gala tentang masa lalu dirinya sebagai ibrah buat puterinya.
CERITA untuk si anak yang masih mencari IDENTITI diri.

KINI
Rupa-rupanya baru kini saya memahami erti cerita Aki dan Mak secara praktikal. Secara sebenar-benarnya.
Bila kehidupan bermula sesudah berakhirnya masa "jiwa-jiwa".
Bila masa bersenang-senang yang berlalu digantikan taklifan yang tergalas di bahu.

Teringat saya tentang cerita pengorbanan seorang guru. Ada MANIS dihujungnya. Ia adalah realiti.
"Puan, saya bekas student puan ni. Puan sihat? Puan sibuk ke? Maaf puan kalau kami ganggu puan. Sekarang saya dan kawan-kawan di UKM, kami sambung degree di sini. Hari tu masa convo, puan takde kan?" kedengaran ada nada gembira dalam bicara di hujung telefon. Bekas pelajar saya menelefon saya semalam. Gembira benar suaranya dan kawan-kawannya berada di pusat pengajian tinggi. Menyambung ke peringkat lebih tinggi.

Mereka sebagai pelajar tentulah gembira.
Namun, saya sebagai insan yang pernah mendidik mereka merasa LEBIH gembira. Inilah saat MANIS seorang guru.

Pengorbanan itu terbayar dengan rasa GEMBIRA yang satu ini.
Rasa GEMBIRA yang membuahkan MANIS di jiwa.
Yang tidak terbayar dek nisbah angka dan hadiah beraneka rupa.

Buat dirimu wahai pelajar,
Jadilah pelajar yang MENGGEMBIRAKAN gurumu!